Sinopsis Volkswagen Kuning (2016)

Tak tahulah selama ni cerita tentang Volkswagen Kuning tu betul ke tidak. Bila aku tanya tuan suami (tuan suami ni boleh mengubat orang/sihir/santau), dia cakap selama dia lalu kat kawasan Karak Highway tu, takde pulak dia nampak apa-apa kereta Volkswagen, tapi hantu cik ponti cik langsuir banyak la. So far aku pun tak pernah jumpa apa yang pelik in fact aku ni lemah semangat orangnya.

Aku saja la bermukadimah sikit. Tahukah korang tentang kewujudan filem seram terbitan MIG ni? Filem seram berkisar tentang Volkswagen Kuning.


FILEM : Volkswagen Kuning
GENRE : Seram
TERBITAN : MiG Picture Sdn Bhd
PENGARAH : Shadan Hashim
PELAKON : Pekin Ibrahim, Atikah Suhaimie

Kisah tentang sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atiqah Suhaimie). Suatu hari semasa dalam perjalanan ke kampung Fuad, mereka berdua mengalami gangguan dan tersesat jalan semasa mencari kedai makan. Suasana cemas seketika. Dan gangguan tu juga mengakibatkan kemalangan.

Fuad telah ditahan dalam wad, tapi Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Tak ada siapa yang menduga, Sarah membawa balik 'sesuatu' bersama dia.

Rasa macam nak pergi tengok je sebab selalu kan cerita seram kat Malaysia ni tak seram. Tapi baca sinopsis ni ada keseraman pulak. Korang nak tengok tayangan perdana tak? Boleh join contest blogger otai kita ni.

2 comments:

  1. ooo husband boleh mengubat orang ye ... satu kelebihan utk husband ..semoga dengan kelebihan tu husband dpt bantu ramai org yg menderita.

    ayuni tak seriau ke kot2 ada mende ikut balik en hubby pastu main cuit2 ngan ayunie .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 kawin aku takut gak eima. Tapi lama2 jadi lali. Dalam rumah mertua ni segala barongan pun ada. Sebab pak mertua pun boleh mengubat orang. Turun temurun la kisah dia.

      Ada je kes dimana ada "sesuatu" nak rasuk aku tapi husband perasan, ada kes benda menumpang kat belakang aku. Hahhaa

      By the way husband lama dah tak mengubat orang. Dia fokus jaga bini aje..

      Delete

Powered by Blogger.