RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS
RAMAI YANG HENTAM DAN KECAM CINDY NG, PEMANDU GEN2 LAWAN ARUS - Baru-baru ni viral dan kecoh dengan kes sebuah kereta Gen2 yang melawan arus. Atas highway pulak tu. Aku tengok pun seram. Semoga aku tidak berhadapan dengan pemandu kereta sewel macam ni. Tak pepasal sebab dia, orang lain jadi arwah.

Alkisahnya dari sipolan netizen yang memberitahu, awal-awal tu budak Cindy ni dah terlanggar sebuah kereta Alza. Tapi mungkin sebab dia panik dan malas nak bertanggungjawab, dia blah macam tu je lawan arus. Bukan itu je, dia jugak disyaki dibawah pengaruh dadah jenis methenamine @ ice.
Disebabkan perkara ni, ramai lah yang mengecam, menyumpah seranah, mengugut dan sebagainya pada budak Cindy ni.
Walaupun kita perlu percaya pada Qada & Qadar, ramai yang tidak berpuas hati kerana ianya melibatkan nyawa orang lain. Mangsa pula baru berkahwin bulan 12 haritu. Selain itu juga, ramai yang bertindak racist sedangkan bangsa Cina juga mengeji perbuatan Cindy.
Bagi aku, perkara dah jadi. Itu suatu ketentuan yang kita tak boleh nak sangkal. Kalau kita maki pun, perkara dah jadi. Doakanlah mangsa tenang di sisi Allah SWT.
Sekian.




betul tu sis, benda dah jadi. tapi kesian sangat dengan mangsa, isteri, dan keluarga mangsa. tak pasal-pasal je kena.
ReplyDeleteSaya pun kesian juga. Kita faham perasaan isteri mangsa, cuma sedih juga sikap mereka yang mencerca memaki hamun semua tu. Kita kan ada agama, buat cara kita ada agama :)
DeleteSaya marah jugak dengan cara memandu dia yang melawan arus tu sebab merbahaya. Tapi takda la sampai nak kecam babitkan kaum dia semua bagai.
ReplyDeleteApa pun, al-Fatihah buat mangsa nahas.
Siapa tak marah kan? Saya yang tidak boleh memandu pasal paranoid pun boleh trauma tengok pemanduan dia. Dah suratannya macam tu, apa bangsa pun sebenarnya ada pro & kontra.
DeleteSemoga roh arwah dicucuri rahmat, dan semoga keluarganya tabah.
Tengok kejadian macam tu Zumal takut nak drive jauh2
ReplyDeleteSama la dengan Sha, even bukan Sha drive pun Sha rasa takut...
Delete