THAIPUSAM HARI MENUNAIKAN NAZAR

THAIPUSAM HARI MENUNAIKAN NAZAR - Ingat nak balik rumah kat Rawang harini tapi sebab kena redah Batu Caves, maka niat tu jadi terbantut jelah. Bukan saja warga India yang beragama hindu yang ramai disitu, tapi pelawat dan pelancong pun ramai berkumpul untuk menyaksikan acara Thaipusam ini. Macam perayaan kita juga, perayaan Thaipusam juga disambut meriah di Batu Caves.

Sumber : Google

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut bagi mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia. Ia bertujuan bagi menghormati dewa Hindu iaitu Dewa Murugan atau dikenali sebagai Dewa Subraniam.

Hari Thaipusam sebenarnya hari menunaikan nazar bagi kaum Hindu. Mereka akan memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan kalau permohonan itu dikabulkan, akan ada satu acara sebagai tanda kesyukuran.

Sumber : Google

Untuk memohon ampun, mereka akan menjunjung kavadi di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada rod besi atau kayu. Berat dan saiznya mengikut kemampuan masing-masing. Pembawa kavadi juga akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada diantara mereka diiringi dengan kumpulan muzik, mangkuk asap kemenyan dan lain-lain.

Selain itu, untuk memohon ampun, mereka akan menyeksa diri sendiri dengan berjalan di atas kasut berpaku, mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan, dan mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz lebih kurang 10sm. Mereka akan berada dalam keadaan separuh sedar ketika ini.

Selamat bercuti pada mereka yang bercuti hari ini. Selamat menyambut Hari Thaipusam bagi penganut agama hindu :)

2 comments:

  1. suka tengok upacara mereka...ala..kita kerja hari ni..

    ReplyDelete
  2. Semua bantai tarik selimut, memandangkan harini cuti.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.