Lazada Malaysia

KRONOLOGI RINGKAS KES ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN

9:22 AM

KRONOLOGI RINGKAS KES ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN - Hidup ini sangat pendek jika asyik berbuat jahat. Sebagai manusia yang beragama Islam, kita harus sentiasa berbuat baik. Aku faham kalau tak mampu nak berbuat baik sepenuhnya. Well, kita bukan sempurna.

Tapi, janganlah sentiasa biarkan diri dihasut syaitan dan amarah. Kita yang mengawal diri kita sendiri. Aku pelik dengan kejadian-kejadian yang berlaku. Antaranya kes lelaki dituduh mencabul, dipukul hingga koma dan meninggal dunia. Yang terbaru tentang Zulfarhan Osman Zulkarnain, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia meninggal dunia.

Daripada sumber, ada kronologi ringkas tentang kes arwah Zulfarhan. Seramai 36 orang ditahan untuk membantu kes ini. 


KRONOLOGI RINGKAS KESZULFARHAN OSMAN BIN ZURKARNAIN

1. Suspek-suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa dan menuduh mangsa mencuri laptop. (mangsa tidak mencuri pun jika ikut keterangan saksi)

2. Mangsa didapati dipukul menggunakan tali pinggang, getah paip, dan penyangkut baju. Bukan itu saja, mangsa didera menggunakan steam iron. (80% badan melecur)

3. Penderaan terhadap mangsa berlanjutan selama 2 hari.

4. Keadaan mangsa membimbangkan sehingga suspek-suspek terpaksa membawa mangsa ke klinik. Dalam masa yang sama, mereka menjaga mangsa di dalam dorm.

5. Keadaan mangsa semakin parah selepas 2 minggu dan suspek mengambil keputusan untuk membawa mangsa ke Hospital Serdang tanpa pengetahuan pegawai. Sebelum ke hospital, suspek singgah ke rumah kawannya yang merupakan pelajar Uniten.

6. Mangsa meninggal di Hospital Serdang dan penangkapan mula dibuat terhadap 2 suspek yang menghantar mangsa ke hospital.

7. Penangkapan terus dilakukan dan didapati 30 suspek terlibat dalam kes itu dan mereka merupakan satu skuad yang sama. (Pelajar-pelajar Uniten juga ditahan kerana bersubahat)

8. Menurut saksi, penderaan beramai-ramai dilakukan atas paksaan suspek-suspek utama.

Saksi yang menceritakan adalah satu skuad yang sama.

TAMBAHAN : Aku ada baca, kes ini terjadi sebab suspek pergi tanya bomoh siapa yang mencuri laptop tu. Tapi, bomoh tu petik nama arwah Zulfarhan.

Apa yang menyedihkan aku adalah, keimanan suspek-suspek seakan tiada. Allah.... terbayang perasaan keluarga mangsa menghadapi takdir ini. Kejamnya para pelaku. Pengajaran dari kes ini, fikir dulu bila dibendung perasaan marah. Jangan terlalu ikutkan hati. Tak pasal-pasal gelap masa depan dan disabit kesalahan membunuh.

Sumber : Facebook Nick Hazrul & Blog Betul Betul Padu

You Might Also Like

8 cayang gojesss !

  1. kejamkan semua yang buat tu :( paling sedih bila mak dia cakap "tahun ni dia nak pakai baju tema warna kelabu kami tiga beranak" :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat, kelabu atau hitam tu warna orang berkabung. Hmm.. semoga kes arwah mendapat pembelaa.

      Delete
  2. kesian kan. tak paham dgn manusia kejam macam ni.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat allahyarham Zulfarhan.

    ReplyDelete
  4. Teruk betul penderaan yang dia alami.budak-budak dah besar, baerakal lak tu yang buat bukan-bukan tu.Janji Kita

    ReplyDelete
  5. Berdosa besar pelaku yang membulinya sampai meninggal dunia, tak guna pandai tpi tak guna sebaik yang mungkin .semoga Allah membalas perbuatan mereka di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  6. Pergi percaya bomoh lepas tu dera budak tu semata mata sebab bomoh petik nama dia. Memang takde akal ke ape? Perangai mcm bodoh budak2 cmni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.