KISAH SERAM BANGLO PERANGINAN CAMERON HIGHLAND

5:22 PM
KISAH SERAM BANGLO PERANGINAN CAMERON HIGHLAND - Selalunya aku cerita pasal kisah seram orang lain. Tapi ini kisah aku sendiri. Saja nak berkongsi. Kisah ni terjadi akhir tahun 2014 dimana kejadian itu berlaku masa kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Kisahnya tak laaa berapa seram.

Alkisahnya, Mama ajak kami dan keluarga Maklong pergi bercuti ke Cameron Highland. Teringin katanya. So keluarga kami dan Maklong ada. Maklong bawak Kaklong dengan anak-anaknya Aqeel, Arissa & Annas. Mama sewa satu banglo berharga RM5 je satu malam. Haaa percaya tak?

Melangkah masuk dalam banglo, ada bau-bau sikit. Orang kata kalau bau tu buat tak tau je. Aku pun buat tak tau laa. Saja tanya tuan suami, "abang, banglo ni ada 'benda' tu tak?" .. Lepas tu kena marah dengan tuan suami. So aku diam je la. Keluar kejap layan adik-adik dengan anak buah. Ada satu part tu, aku dukung Annas, sekali Annas tengok je sejenis pokok bunga kat situ. Lepas tu dia peluk aku kuat-kuat, siap cakap "Bonda....Annas takut..." .. aku buat tak tau sebab tak nampak apa. Cuma Annas ni kuat jugak semangat dia, takde la dia nangis-nangis.


Then lepas Asar, aku mandi. Masa mandi, aku rasa macam seseorang perhatikan aku dari tingkap. Aku cakap "kau jangan la kacau aku.." , sambung mandi cepat-cepat. Aku ni takut hantu sebenarnya sebab takut kena rasuk. Lepas mandi, nak solat maghrib. Masa solat pun rasa macam seseorang perhatikan aku. Sampai aku nak tido pun aku tak selesa, walaupun tuan suami ada disisi aku. Malam tu takde la stress sangat melayan 'benda' tu berbanding malam seterusnya.

Malam kedua, aku mula diganggu dengan bunyi-bunyi yang entah apa. Dengar suara orang tengah borak, macam suara budak tengah bercakap dengan mak dia. Aku intai dekat hal, tak ada siapa. Kaklong semua dah tidur. Dengar pulak orang berlari atas bumbung. Terus kejut tuan suami, tuan suami hanya cakap tak ada apa-apa, dia sambung tidur. Nak nangis aku masa tu.


Aku tengok pulak langsir terbang-terbang, padahal takde kipas atau aircond, tingkap pun tertutup rapat. Mana datang angin? Langsir pulak jenis berat. Aku dah gelabah. Aku baca je la ayat kursi, lastly hanya tido-tido ayam. Aku happy sangat esok tu dah balik. Sebenarnya aku nak sangat stay sana sebab atas bukit dan sejuk, aku kan suka tempat tinggi-tinggi, cuma disebabkan gangguan tu, aku tak sabar nak balik rumah.

Bila balik, tanya tuan suami. Sebab dia biasa mengubat orang so benda-benda halus ni dia boleh nampak. Dia cakap, gangguan tu hanya 'budak kecik' je. Biasalah, atas bukit. So, kiranya aku tak berkhayal la. Tuan suami dengar dan tau apa aku alami, tapi dia taknak aku terus rasa takut. By the way, gangguan tu semata-semata 'dia' nak kita tahu yang 'dia' ada.

Sekian :)

1 comment:

Powered by Blogger.