FAHAMI PERBEZAAN KOD KKM ANTARA 'NOT', 'MAL' DAN 'KKM'

FAHAMI PERBEZAAN KOD KKM ANTARA 'NOT', 'MAL' DAN 'KKM' - Tak ramai orang yang tahu pasal kod atau lebih dikenali sebagai notifikasi sesuatu produk dari KKM. Isu ni hangat juga diperkatakan bila baru-baru ni keluar kisah mengenai produk yang berkelulusan dari KKM tapi tinggi merkuri dan bahan-bahan larangan yang lain.

Korang kalau nak tahu sesuatu produk itu telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jom baca perkongsian ini.


[NOT]
Barang kosmetik yang ditakrifkan bahan atau penyediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan rongga mulut.

Di Malaysia, produk kosmetik adalah dikawal dibawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ASEAN Cosmetic Directives (ACD) dan Guideline for Control of Cosmetic Product in Malaysia bagi menjamin produk kosmetik adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.


Bermula tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI. Melalui sistem ini, pihak syarikat perlu membuat notifikasi kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) terlebih dahulu sebelum produk kosmetik tersebut boleh diimport, dikilangkan atau dipasarkan di Malaysia.

Produk kosmetik yang telah dinotifikasi akan diberikan Nombor Notifikasi [NOT] sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah bernotifikasi dengan pihak BPFK.


[MAL]
Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh : MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat-ubatan tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Semua ubat yang berdaftar akan mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusan. Nombor pendaftaran dimulakan dengan 'MAL' diikuti 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf-huruf kategori pendaftaran produk tersebut.

KATEGORI PENDAFTARAN PRODUK :
A - Ubat mengandungi racun terkawal
X - Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal/OTC
T - Ubat tradisional
N - Suplemen kesihatan

[KKM]
Sebenarnya, kalau sesuatu produk itu berdaftar atau bernotifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), mereka tidak akan menggunakan huruf 'KKM' dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi.

Jika ianya produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, penyediaan ubat tradisional dan kosmetik ada nombor MAL maka produk-produk itu selamat digunakakan dan bebas dari bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine, dan dadah terlarang.

Setiap produk kosmetik dan farmaseutikal termasuklah makanan tambahan dan penyediaan ubat tradisional wajib mendaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum produk-produk tersebut dijual kepada pengguna.

Nombor pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen.

Sumber asal : Sumber: Laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

Apapun, aku tetap curious sesuatu, produk yang ada nombor pendaftaran dari KKM pun masih ada kandungan yang merbahaya. Pihak atas (pengasas) produk tidak bertindak segera dan hanya ambil alternatif mendiamkan diri.

Aku cuma nasihatkan, sebelum korang pakai atau telan apa jenis produk, fikir kesannya dikemudian hari. Aku lebih selesa guna produk yang ada dermotologist. Senang kata, produk klinikal yang jual dekat farmasi. Biarlah tak glowing janji kulit muka sihat. Haha

Sekian.

2 comments:

  1. sebenarya bnyknya produk ada KKM pun boleh lpas walaupun ada bnda bahaya..sbb tu kena hati2 pilih produk. berlambak dh produk baru dllm psaran skrg

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni banyak betul produk kosmetik yang baru berada di pasaran. Akak ni kalau tak sungguh, memang tak berani mencuba. Apatahlagi tak tahu sangat sama ada produk tu berdaftar ke tidak. Nak check lebih-lebih malas. Jadinya, guna ajelah produk yang dah biasa digunakan. Tak glowing instantly pun takpalah janji tak mendatangkan mudarat untuk jangka panjang.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.