RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE

RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE - Semalam teringin sangat nak makan Mandu @ Gyoza atau bahasa senang faham - DUMPLING. Tapi sebab punyalah malas nak pergi kedai beli kulit dia, aku merajinkan diri buat sendiri. Memang perlukan kesabaran yang tinggi sebab kena uli lama-lama baru kulit dia tu macam sedap.

Aku buat secara manual je, tak guna mesin untuk leperkan pun. Lepas tu aku leperkan doh tu guna gelas sebab aku tak jumpa roller. Belasah je la, janji jadi. Haha !


RESEPI KULIT DUMPLING HOMEMADE
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 sudu besar minyak
secubit garam

Cara-cara :
Satukan tepung dan garam. Gaul sebati dan masukkan minyak dan air. Air tu letak slow-slow je sampailah menjadi sebuku doh. Uli sehingga permukaan tepung licin. Letak dalam mangkuk dan tutup. Biar lebih kurang 15 minit.

Uli kembali doh tersebut. Kemudian bahagikan kepada 4 bahagian. 1 bahagian tu uli memanjang dan potong lebih kurang 1 cm. Bulatkan dan leperkan. Jangan terlalu tebal atau nipis. Setelah siap, taburkan tepung, susun setiap keping secara bertindih (macam dalam gambar) .

Simpan dalam peti sejuk dan guna berapa banyak yang perlu je. Kulit homemade ni tak boleh letak dekat luar lama-lama, nanti tepung tu 'berpeluh' dan melekat.

Semoga bermanfaat :)

No comments:

Powered by Blogger.