RESEPI KERABU MAGGI BONDA

RESEPI KERABU MAGGI BONDA - Dah lama sebenarnya Mama teringin nak makan Kerabu Maggi ni. Awal tu Mama beli Mamee Chef, tapi sebab semua buat Kerabu Maggi ni guna 'maggi' Siam, maka Mama pun order la sekotak terus kat kawan dia yang pergi Siam nun.

Akhirnya dapat jugak Mama buat Kerabu Maggi idaman dia. Kalau resepi asal, mungkin depa letak semua bahan perasa mee tu. Mama tak letak semua sebab dia tak kuat masin, sama macam aku. Kerabu Mama kurang berkilat sebab Mama tak letak sekali minyak mee tu.

Ok skip.
Saja nak share resepi lepas ni. Aku tak letak kuantiti since Mama pun main campak-campak je.


RESEPI KERABU MAGGI BONDA
Bahan-bahan :
Mee Segera Thailand (brand Serda) - Tomyam
Sotong - hiris halus dan celur
Udang - celur
Crabstick - potong kecil dan celur
Sosej - potong kecil dan celur
Saleri - potong kecil
Tomato - potong 8
Sos ikan
Jus limau nipis

Cara-cara :
Mee direbus dan ditoskan. Bahan perisa ditepikan. Masukkan dalam bekas dan campur semua bahan termasuk bahan perisa & minyak dalam mee tersebut. Gaul sampai mesra, sedia untuk dihidang.

Kredit : Eye.Mine

Mee yang ni lah depa guna buat Kerabu Maggi. Pelik sungguh awat nama dia Kerabu Maggi padahal takde pun brand-brand Maggi digunakan. Hahahhaha ! Tapi oklah, Maggi dapat nama, melekat di hati.

Kerabu Maggi ni sedap sebab cukup rasa. Ada pedas, masin, manis dan masam. Manis tu datang dari seafood la. Korang boleh je tambah apa-apa yang korang nak. Aku tahu dah banyak resepi ni kat internet, aku saja nak share.

Semoga bermanfaat ye?

3 comments:

  1. Zumal tak pernah makan lagi kerabu maggi ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa..mmg feberet ni..bikin ketagihhhhh.. Pnh gak buat aritu.. Puas hati mkn n ltk seafood by0k2

    ReplyDelete
  3. tu la. ari tu ada satu blog aida tanya pasal maggi ni.
    ni la ekk rupa nyer...
    kalau maggi biasa katanya tak brape jadik kerabu nyer.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.