BIRTHDAY PRESENT DARI BLOGGER AYUNI RAFILAH

BIRTHDAY PRESENT DARI BLOGGER AYUNI RAFILAH - Kenal di alam maya bukan bermakna kita berkawan tanpa mengenali. Aku kenal Kak Ayuni Rafilah sejak dia mula-mula komen dekat entri aku. Dulu aku curious jugak siapa dia sebab Kak Ayuni awal-awal aku kenal dulu, dia tak expose pun diri dia. Sampai aku pun hampir tertipu ingatkan dia Lavender Mummy yang viral sebab menipu tu. Hoho (sorry kak)

Tapi sebab aku ni bukan jenis judgemental tak tentu hala, aku teruskan berkawan dengan Kak Ayuni. Perkenalan kami mungkin dah hampir 3 tahun, namun tak pernah berjumpa sekalipun. Ada jugak keinginan nak berjumpa, bergambar, bermesra dengan dia cuma takde rezeki lagi.

Tempoh hari Kak Ayuni inbox aku, tunjuk 'barang' dah delivered. Puas aku fikir kot-kot aku ada order barang ke apa dengan Kak Ayuni, rasanya takde. Lastly, aku angkut je parcel tu balik Rawang hari Sabtu aritu, lepas tu bukak. Kemain terkejut campur surprise segala macam perasaan ada ketika tu.


Dapat handbag uolssss. Dah la cantik, warna memang kesukaan. Bagi aku warna rare la, kalau tak handbag aku asyik warna hitam & merah je. Aku still tertanya-tanya awat yang Kak Ayuni bagi aku handbag ni?? Daripada dok tanya sorang-sorang, aku pun inbox la dia.


Birthday present rupanya. Jujur, aku dah lama tak dapat birthday present dari orang luar tau. Selalunya family aku je suka bagi aku hadiah. So perasaan teruja tu harus ada lah kan? Lagi-lagi bila hadiah tu kita dapat dari orang yang tak pernah kita jumpa.

Kak Ayuni nih seorang pemurah jugak sebab sebelum ni dia bagi aku Mooncake. Kad raya pun setiap tahun (sejak aku kenal dia) aku dapat.

Terima kasih kak, semoga berlimpahan dan tidak putus-putus rezeki Kak Ayuni ya? *hugssss*

2 comments:

  1. Happy belated besday sha.
    Kadang-kadang orang yang jauh menghargai kita

    ReplyDelete
  2. wah. rezeki yg x disangka, kan.
    alhamdulillah.
    persahabatan yg ikhlas memang gini.
    memberi dan memberi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.