WAD BERSALIN HKL BANYAK TIKUS

WAD BERSALIN HKL BANYAK TIKUS - Aku membesar dekat HKL bahagian Pediatrik dan Nefrologi. Aku memang suka servis di HKL sebab ramai pakar kat situ tapi tak ingatlah kalau pernah berhadapan dengan kes tikus membiak ni. Well, kehadiran tikus ni tak boleh dijangka juga sebenarnya.

Terjumpa satu statement yang sudah di-share beribu netizem di Facebook tentang pembiakan tikus di wad bersalin HKL. Yang tak tahan siap merayap sana sini cari makan.



Kredit : Mazua Zulkifli

Masa baca ni memang meremang jugaklah bulu roma. Aku ni suka hamster tapi penggeli terhadap tikus jalanan. Paling aku rasa trauma part dia kata tikus tu merayap atas badan. Hmm... musykil jugak sebab selama ni takde pihak yang perasan ke dengan kehadiran tikus-tikus berkenaan?



UPDATE : Hasil perkongsian puan punya post, alhamdulillah pihak Radicare menjalankan tanggungjawab mereka. Maka tertangkaplah 3 ekor tikus gemuk gedempol itu. Semoga pihak Radicare terus memantau kegiatan jenayah tikus-tikus tersebut dari mengganggu pesakit-pesakit di wad-wad terbabit.

Sekian.

No comments:

Powered by Blogger.