RAJIN MENUNTUT ILMU, AMALAN SEBAGAI BEKALAN KETIKA MATI

RAJIN MENUNTUT ILMU, AMALAN SEBAGAI BEKALAN KETIKA MATI - Assalamualaikum wbt. Sedari zaman moden sekarang ni, semuanya di hujung jari. Zaman dulu, orang nak cari ilmu dengan merantau. Tapi sekarang ni, kau cari je melalui Google, semua yang kau cari insyaAllah jumpa.

Walaupun begitu, tak semuanya betul. Tak semestinya kau belajar sesuatu, kau harus terima sebulat-bulatnya. Termasuklah dari majlis ilmu yang kau pergi. Itulah guna muzakarah, saling bertukar pendapat tanpa menyalahkan sesiapa.


Aku suka dengan satu hadis dari Abu Hurairah r.a tentang ilmu.

Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya kecuali dari tiga perkara : Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Soleh yang Mendoakannya. "

[HR Muslim, Abu Dawud dan Nasa'i]

Paling bagus jika ilmu yang kita belajar itu bermanfaat selain untuk diri sendiri, ianya bermanfaat untuk orang lain jugak. Jujurnya aku sedikit terkilan sebab aku banyak meninggalkan ilmu sebab aku tak berapa minat untuk belajar.

Sedari usia, aku semakin minat dengan perkara berbentuk info dan pengajaran. Bila kita mengumpul ilmu yang bermanfaat, tak mudah untuk kita terus menuding jari. Itu jugalah kegunaan ilmu. Ilmu mengajar kita untuk sentiasa berfikir. Ilmu Allah di dunia ini terlalu luas. Ada di langit dan di bumi.

Carilah.

Semoga khilaf yang lalu, dapat diperbaiki. InsyaAllah.

2 comments:

  1. sy setuju dengan entri ni..salam jumaat :)

    ReplyDelete
  2. betul tu...ilmu memang penting dlm kehidupan kita

    ReplyDelete

Powered by Blogger.