PENJELASAN DARIPADA PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

PENJELASAN DARIPADA PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE - Walaupun entri sebelum ni tak mention nama produk, tapi ramai yang boleh meneka. Disebabkan aku rasa terbabit sama dalam kes ni, maka aku sertakanlah entri penjelasan daripada pengasas produk sendiri iaitu Puan Nurhayati Hashima. Tak best laaa kalau berat sebelah kan? Aku kena adil jugak dalam memberi maklumat. Niat aku ikhlas supaya orang tak pakai produk yang ada merkuri. Tapi ada yang salah faham kata aku nak jatuhkan produk keluaran bumiputera.

Puan Nurhayati Hashima

Posting sebelum ni memang agak menular jugak tanpa aku jangka. Sebenarnya aku lebih fokus kepada bahaya produk bermerkuri dan aku cuma berkongsi sedikit info dari pengguna skincare terbabit. Setelah 2 hari ni orang pakat kalut, maka pengasas produk tersebut telah memberi penjelasan.


Hmmm... tiada niat aku nak menjatuhkan produk terbabit apalagi terlibat dengan konspirasi. Kalau selamat digunakan, alhamdulillah. Difahamkan jugak yang produk ni ada yang tiruan punya. Well, zaman sekarang semua benda nak 'fake' kan?

Apapun, semoga masalah ini dapat diselesaikan dan semoga pihak Tati Skincare dapat membuktikan produk mereka selamat dan sertakan bagaimana untuk mengetahui sama-ada produk tiruan ataupun original.

Sekian.

UPDATE : ENTRI INI BERTARIKH 12 JANUARI 2017 DAN MASIH TIADA APA-APA TINDAKAN DARI PIHAK HQ, FIKIRLAH SENDIRI :)

2 comments:

  1. Produk oril akan menberi kesan positif dan produk fake akan menberi kesan negatif..bukan semua kulit sesuai dgn sebarang produk...masing2 ikut darah ada yg sesuai ada yg tidak...kalau jerawat nomal surut pasang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau produk dermotologi, diorang akan mention produk tu sesuai untuk kulit macam mana. Produk ori & fake sama saja. Ada bertindak awal, ada bertindak lambat. Tapi terpulang lah kalau masing2 ada keberanian nak guna krim timbang kilo tu :)

      Delete

Powered by Blogger.