HATI-HATI DENGAN DOKTOR KLINIK SWASTA YANG TIDAK PEKA SEMASA MEMBERI UBAT KEPADA ANAK KORANG!

HATI-HATI DENGAN KLINIK SWASTA YANG TIDAK PEKA SEMASA MEMBERI UBAT KEPADA ANAK KORANG! - Entri ni khas untuk korang yang ada anak kecil berumur bawah 1 tahun. Korang jangan panik kalau anak korang demam berkahak sampai apa saja ubat yang doktor bagi, korang suapkan pada anak tu. BAHAYA!

Ada jenis doktor, bertauliah. Ada yang tidak ye. Jenis bekerja sambil lewa semata-mata kerana duit. Seriously aku benci gila doktor yang macam ni. (well, sekarang nak jadi doktor boleh je beli sijil).

Kejadian berlaku pada kawan aku sendiri. Dia ada anak berumur 5 bulan. Nama anak dia ni aku panggil Ipan. So, Ipan ni demam berkahak, mama dia pergilah satu klinik swasta kat Setiawangsa nun, dah check bagai, doktor terus bagi ubat.


Dah bagi 2-3 kali ubat tu baru mama Ipan ni rasa macam tak sedap hati. Dia kalut tanya kekawan dia. Sememangnya dia dapat jawapan TIDAK lah kan? Siapa tak bengang bila doktor sendiri yang bagi ubat tu. Pakar kanak-kanak pun belum tentu berani bagi lagi hokayyyyyyyy... Kecik sangat lagi 5 bulan tu!

Pstttttttttt .. orang bayar ubat memang untuk buang-buang ke? Suka-suka hati je. Memang mengamuk mama dia, sampai doktor pun tak berani cakap dengan dia. Terpaksalah kerani klinik yang tadah telinga.


Aku syorkan, kalau anak-anak sakit atau susah nak sembuh, pergi jumpa Pakar yang dipercayai. Pakar Kanak-Kanaklah sewajarnya. Seriously aku memang syorkan HKL sebab so far rawatan pakar disana antara yang terbaik.

Jaga anak korang, amanah tu. Biarlah tunggu lama sikit dari dapat ubat ntah apa-apa je. Sekian.

1 comment:

  1. nice info.. tq sharing.. kna lbih hati2 la lpas ni lau nk g klinik swasta kan? bhaya btol

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.