APOPHENIA ATAU PAREIDOLIA SEJENIS PENYAKIT OTAK

APOPHENIA ATAU PAREIDOLIA SEJENIS PENYAKIT OTAK - Korang pernah tak tengok satu sudut tu, lepas tu nampak muka lembaga? Atau pandang awan lepas tu nampak macam rupa jin lah, rupa jembalang lah, rupa arnab lah, kambing biri-biri segala bagai?

Tahukah korang bahawa itu mainan psikologi? Lebih-lebih lagi bila jiwa korang tak berapa nak tenteram. Haaaaaaaaaaaaaa tahu tak?


Penyakit ni diberi nama APOPHENIA (A-PO-FI-NIA) atau dikenali juga sebagai PAREIDOLIA (PAR-EI-DO-LIA). Ianya adalah sejenis sindrom psikologi dimana ianya adalah kecenderungan melihat wajah di tempat-tempat secara rambang. Fenomena ni dah dialami oleh ramai orang termasuk aku jugak. Huhu....

Apophenia atau Pareidolia ni sentiasa menjadi penyebab seseorang itu melihat atau mendengar suara secara kurang jelas, seakan-akan apa yang dilihat atau didengar itu adalah kenyataan padahal itu semua hanya ilusi semata-mata.


Leonardo da Vinci juga pernah menulis tentang Pareidolia, baginya ianya seatu perkara yang artistik. Kira kita-kita yang ada sindrom macam ni artistik jugaklah orangnya. Kan?? So berbanggalah.

Tu sebab aku memang suka dengan abstrak. Macam-macam aku boleh tengok. Aku boleh nampak macam-macam. Cuma kadang-kadang rasa seram arr.. especially dalam bilik air! Hahaha!

6 comments:

  1. Kalau pandang mana2 nampak muka suami cemana tu??penyakit apa pulak tu??������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit kasih sayang kekal abadi. Till jannah alkisahnya.. hahahaha

      Delete
  2. haha...tetina teringat diri sendiri
    akak pun sama macam ayuni
    ada banyak benda yang buat kita Nampak macam benda lain
    padahal takde apapun kan...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auni kalau dalam bilik baik, especially bila mandi malam2... pandang lantai nampak lembaga, pandang dinding nampak pontianak..hahaha

      Delete
  3. k mcm tak pernah mengalami. hehe. btw, awk ingat sy lagi tak awk? rakan sebaya awk yg telah lama menghilang. hehe. apa khabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sihat :) alhamdulillah... selalu ingat..

      Delete

Powered by Blogger.