ADAKAH KORANG SUDAH TERMAKAN SOSEJ BABI DI PASARAYA HOCK CHOON?

ADAKAH KORANG SUDAH TERMAKAN SOSEJ BABI DI PASARAYA HOCK CHOON? - Kita ni manusia biasa, tak lari dari khilaf tanpa sedar. Bab makanan ni, menjadi darah daging sebenarnya. Seeloknya periksa dululah kan? Jangan sampai bila dah termakan, mula salahkan owner kedai. Nak makan apapun, tanggungjawab kita jugak sebenarnya. Owner kedai kadang depa nak untung je, dan depa tidak akan bertanggungjawab andai korang terrrrrrrrrrrrrmakan daging tak halal tu.

Sebuah kedai bakeri di Pasaraya Hock Choon Ampang sebenarnya menggunakan sosej babi sebagai menu sarapan yang dinamakan Sosej Vienna.


*sumber Google*

Ferrand, salah seorang pelanggan yang selalu makan kat situ yang buka cerita. Katanya dia pergi sana untuk minum kopi dan makan breakfast Sosej Vienna. Satu hari tu tetiba bila dia pesan sosej tu, takde stok pulak, habis katanya.

Lepas tu dia nampak salah seorang pekerja pergi ke pasaraya dan beli sosej mentah. Dan sosej yang diambil itu adalah sosej babi!

Apa yang menjadi konflik adalah ramai pelanggan yang disyaki Muslim (sebab depa pakai tudung), makan di situ dan memesan menu Sosej Vienna tu.

Bila bagitahu pada tokey bakeri tu, dah tentulah tokey tu lepas tangan. Dia kata dia tak undang pun pelanggan Muslim makan kat kedai dia, so bukan tanggungjawab dia semua tu. Eh eh..... berlagaknya kau tokeyyyy!


*sumber Google*

Tapi sebelum cakap tokey tu berlagak, silalah buat research sikit. Kadangkala kita sendiri yang main terjah je. Bila seseorang yang kita rasa dia Muslim masuk kedai tu pergi makan, kita pun confident yang kedai tu halal.

At least, tengoklah ada ke tidak sijil halalnya, tanya halal ke tidak, daging apa digunakan. Aku pernah jugak terlanjur macam ni. Kira pengajaran laaa buat aku sebab main terjah je tanpa usul.

Semoga bermanfaat :)

No comments:

Powered by Blogger.