RESEPI NASI LEMAK PANDAN GOJESSS

RESEPI NASI LEMAK PANDAN GOJESSS - Assalamualaikum wbt. Siapalah nak puji kalau bukan diri sendiri? Kau jangan muntah pulak baca tajuk tu. Hakakkk memang jenis suka naik lif tekan sendiri. Takda sapa nak tolongggggggg..........

Sebenarnya lama dah nak buat sendiri Nasi Lemak Pandan ni tapi tak kesampaian. Tiba-tiba satu famili harini berpuasa kecuali aku dengan tuan suami, so aku bikin nasi lemak je la kan......

Aku tempek dululah gambar buruk nasi lemak yang aku snap tadi. Tapi rasa tidaklah seburuk rupa malah sedap sampai aku rasa aku mampu gemuk dalam satu hari akibat makan berulang je nasi lemak ni. Maka aku nak share je la nasi lemak pandan versi aku..


RESEPI NASI LEMAK PANDAN GOJESSS
Bahan-bahan :
3 pot beras
4 helai daun pandan - dikisar dengan 4 cawan air kemudian tapis
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
1 kotak santan
2 cubit garam

Cara-caranya :
Beras dibasuh kemudian masukkan air daun pandang, bawang putih dan bawang besar, diikuti dengan santan dan garam. Gaul rata dan masak.

Nanti resepi sambal ikan bilis versi hakakkk akan di-post dalam next entry hokeyyy? Selamat mencuba !

7 comments:

  1. Wah boleh cubala nanti😋
    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian resipi...tunggu resipi sambal pula =)

    ReplyDelete
  3. Uuuu.. best2..
    Kat sini take nasi lemak yg sedap..
    Nak buat sendiri, tapi sambal tak berapa jadi la.. :(

    Waiting for the next entry.. ^___^

    ReplyDelete
  4. Aku suka nasik lemak sebab baunya yg tersangatlah harum...
    Membangkitkan selera.. yum yum yummmm

    ReplyDelete
  5. waaahhh ... aku pernah mkn nasi lemak hijau di kuching je dulu...mmg wangi

    ReplyDelete
  6. Sedapnya..sy pun baru je lepas buat nasik lemak!
    Btw, sy dh follow sini:) if sudi jom singgah & follow me too here..

    http://hyheejabs.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Nampak macam sedap walaupun gambar tak menjustifikasikan rasa katanya. Nanti bolehlah akak cuba. Anak-anak akak memang suka nasi lemak. Kalau boleh 7 hari seminggu depa nak nasi lemak breakfastlunchdinner tau!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.