Virus Zika Dah Menular Di Malaysia?


Assalamualaikum wbt. Sebelum ini kita telah diserang dengan virus Denggi yang boleh membawa mati. Dan masih belum ada sebenar-benar penawar untuk penyakit ni. Sup ketam pun sekadar mengurangkan platelet denggi. Kali ni, virus Zika dijangka merebak ke Malaysia pulak..

KENALI APA ITU VIRUS ZIKA
Virus Zika terjadi akibat gigitan nyamuk dan ianya bahaya kerana boleh menyebabkan kelahiran bayi menjadi abnormal dan kepala lebih  kecil dari saiz badan. Mohon jangan main-main dengan virus Zika ni.

Seorang wanita dari Klang telah positif virus Zika setelah pulang dari membuat lawatan di Singapura. Ini adalah kes Zika yang pertama di Malaysia.

Sebelum ini, kes Zika dah mula meningkat kepada 115 orang di Singapura, termasuklah wanita hamil seperti yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan.



BAHAYA VIRUS ZIKA KEPADA IBU MENGANDUNG
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan Zika Alert pada 1 September untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan rakyat Malaysia tidak terdedah kepada ancaman virus tersebut, terutama pada ibu mengandung.



Wanita mengandung jika terkena jangkitan virus Zika ni sangat berisiko melahirkan bayi berkepala kecil dikenali sebagai microcephaly dan kecacatan otak.

Selain itu, virus Zika juga mampu mengakibatkan sindrom Guillain-Barré, iaitu keradangan saraf yang menyebabkan kelemahan otot atau lumpuh.

TANDA-TANDA TERKENA VIRUS ZIKA DAN LANGKAH PENCEGAHAN




Harap-harap kita semua terhindar daripada virus merbahayakan ini. Risau jugak terkena pada aku, yela aku abnormal antibodi senang kena jangkitan. Kena gigit nyamuk pun dah rasa gelabah sangat sekarang ni.

Cheers,
-Tunsha-

3 comments:

  1. Takut bila dah mula masuk Malaysia sebab negara kita ni banyak nyamuk pembawa penyakit....

    ReplyDelete
  2. subhanaaAllah ....nauzubillah .. minta dijauhkan ..... takutnya ....

    ReplyDelete
  3. tak pernah sangka.. bertapak jugak kat negara ni akhirnya.. huhu T_T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.