Lirik Lagu : Khalifah - Kanda Tak Buat Apa


Dah lama tak post lirik lagu. Lagu Kanda Tak Buat Apa nyanyian Khalifah ni dah lama tapi orang macam tak tahu je. Banyak lagi lagu Khalifah yang best-best. Ini antara lagu feveret aku, macam ada kaitan pulak dengan aku dengan tuan suami. Tetiba rasa nak tergelak pun ye dengar lagu ni.


KHALIFAH - KANDA TAK BUAT APA

(Verse 1)
Mengapa adinda
apakah sebabnya
buat dinda bermuram durja...

Kanda sayang dinda
buah hati kanda
cintaku hanyalah adinda...

Cubalah cerita
apakah puncanya
apa...angkara...

Jangan.. jangan..
jangan dinda simpan rahsia...

(Verse 2)
Apa salah kanda
apa silap kanda
hingga dinda berpaling muka...

Jangan pukul kanda
jangan cubit kanda
aduh sakitnya ....

Apa mahu dinda
dinda mahu apa
kanda bertanya...

Jangan... jangan..
jangan dinda bermasam muka..

(Chorus)
Duhai dinda
janganlah engkau meradang...
duhai dinda
kanda bukannya temberang...

Jangan dinda rasa curiga
jangan dinda tidak percaya
sumpah dinda.. kanda tak buat apa...

dengar sayang penjelasan dari kanda
sebenarnya itulah anak saudara
memang dia ramah dan mesra
pada kanda ayah saudara
antara dia dengan kanda bukannya apa

(ulang chorus)
Duhai dinda janganlah engkau meradang
duhai dinda kanda bukannya temberang

Jangan dinda rasa curiga
jangan dinda tidak percaya
sumpah dinda.. kanda tak buat apa..

(Bridge)
Maaf sayang
dinda cemburu buta...
maaf sayang
dinda janji takkan ulang...

(Chorus)
Jangan dinda cemburu buta
pada dia anak saudara
antara dia dengan kanda
bukannya apa...

=============================================

Cheers,
-Tunsha-

No comments:

Powered by Blogger.