KENTANG MENTAH MENCANTIKKAN WAJAH


KENTANG MENTAH MENCANTIKKAN WAJAH. Selain sedap dimakan dalam pelbagai variasi makanan, tahukah korang bahawa kentang juga adalah sumber kepada kecantikan? Kentang amat membantu dalam masalah kulit seperti jeragat, bintik-bintik hitam dan hiperpigmentasi.

Kentang mempunyai niacinamide yang tergolong dalam Vitamin B Kompleks, ianya merupakan bahan pemutih yang bagus !

CARA MENGGUNAKAN KENTANG MENTAH UNTUK KECANTIKAN KULIT
KAEDAH #1
Potong kentang secara bulatan yang nipis. Kemudian sapu sedikit air pada kulit yang bermasalah dan gosokkan dengan kepingan kentang tadi selama 8-10 minit. Ulangi proses 3-4 kali sehari selama lebih kurang sebulan.

KAEDAH #2
Parut kentang dan perahkan. Air tapisan kentang tadi dicampurkan dengan jus lemon dan gaul rata. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ulangi proses ini dua kali sehari selama sebulan untuk hasil yang terbaik.

Kentang parut tadi bolehlah dibuat Hash Brown untuk mengelakkan pembaziran. Hahaha !

Oklah, tu je nak share buat masa ni. Harap bermanfaat untuk semua ye :)

3 comments:

  1. Nice info... Tapi syg pula nk guna tempek kat muka.. haha.. sbb sedap dimakan...

    ReplyDelete
  2. XRUGI MENCUBA KALA INGINKAN KULIT WAJAH YG CANTIK

    ReplyDelete
  3. Nak suruh baki kentang parut buat hash brown tu yang tak mampu ^_^

    Tak tahu pulak akak selama ni kentang boleh mencantikkan muka. Akak cuma tahu kentang mampu melebarkan punggung kalau dimakan selalu. Hahaha!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.