Sinopsis Lara Aishah [Maya HD]


JUDUL : Lara Aishah
PENGARAH : Muhammad Riza Baharudin
HARI / MASA : Isnin - Jumaat, jam 6 petang (Astro - Slot Maya HD)
PELAKON : Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Shah Jazle, Dian P.Ramlee, Eizlan Yusof, Shah Reza, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Ainul Aishah dan ramai lagi.

SINOPSIS
Mengisahkan tentang ibu dan anak yang terpisah. Ibu kandung Aishah, iaitu Zurin, telah dipenjarakan selama 27 tahun di penjara luar negara akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Semuanya dirancang oleh ibu mertuanya, Datuk Marina.

Semasa dipenjarakan, Zurin telah mengandungkan anak Datuk Nazri. Selepas melahirkan, pihak penjara memberitahu Zurin bahawa anaknya telah mati. Hakikat sebenarnya telah diketahui Zurin setelah sahabatnya didalam penjara, Carmen, telah memberitahu bahawa anak Zurin masih hidup. Ketika itu juga, Zurin mula berdendam dengan keluarga Datuk Nazri.

27 tahun berlalu, dimana anak kandung Zurin, iaitu Aishah, telah dijaga oleh seorang lelaki tauke jual buah. Aishah membesar sebagai seorang yang keras hati.

Dapatkah Zurin menemui anaknya Aishah dan membalas dendam terhadap Datuk Nazri? Jom layan Lara Aishah di saluran Maya HD, jam 6 petang, Isnin hingga Khamis.

-------------------------------------------------------------------------------

Aku difahamkan cerita ni ada 100 episod. Tapi aku macam suka arr layan cerita ni, sebab jalan cerita dia macam lain dari cerita drama biasa sebelum ni. Especially bila Fasha Sandha berlakon jadi kasar-kasar kan................

Lepas tu cerita dia macam complicated gak ar, buat penonton tertanya-tanya apa berlaku seterusnya.. Oklah, tu je nak taip. Kbai.

4 comments:

  1. Dulu Kaklong tak minat Fasha Sandha..
    La ni dah suka.. :>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, masa kes dia rampas Jejai dulu.. haha! Tapi sejak dia kahwin ada anak, nampak macam best je Fasha Sandha ni..

      Delete
  2. Akak tak pernah tengok pulak drama ni. 100 episod, adui! Banyak tu kalau bertekun nak menontonnya.

    Akak pun sama. Dulu menyampah betul dengan FS ni tapi setelah dia jadi ibu, rasa macam okey aje FS ni. Itulah suka sangat ikut kata orang, orang tak suka, kita pun tak suka. Macamlah kenal benar FS ni kan!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.