REVIEW - The Haunting of Helena (2012) .. Diganggu Hantu Gigi !

REVIEW THE HAUNTING OF HELENA 2012 - Aku memang sejenis manusia yang meminati cerita seram. Entahlah, nak kata aku ni berani, takde arr pun. Tapi kan, aku pernah tau jumpa makhluk Allah bernama hantu ni. Awalnya masa Pakcu aku kena santau dulu, lepas tu kat rumah lama aku kat Taman Melawati. Then secara real aku nampak masa kat rumah Rawang arr.. Aku ni jenis suka benda yang gelap dan kusam. Agaknya itu pendorong ''benda'' tu mendekati aku. Tapi...... alhamdulillah, so far aku tak pernah la kena ganggu teruk-teruk.

Ehh.. bukan kita nak cerita pasal review ke? Ok meh laaa aku sambung.. maaflah, mukadimah terlalu panjang sampai takde kena mengena dengan tajuk.


Tajuk : The Haunting of Helena
Genre : Seram
Pengarah : Christian Bisceglia, Ascanio Malgarini
Pelakon : Harriet MacMasters-Green, Sabrina Jolie Perez, Jarreth J. Merz

SINOPSIS
Sophia adalah seorang ibu tunggal. Dia telah bercerai tetapi dikurniakan anak bernama Helena. Mereka berpindah ke sebuah apartment di selatan Itali. Pada suatu hari, Sophia dan Helena kemalangan dan pada hari yang sama Helena telah kehilangan giginya yang pertama. 

Sejak itu Helena jadi kemurungan dan sentiasa memberitahu ibunya bahawa ada seorang Pari-Pari Gigi yang sentiasa mengunjunginya.

Doktor sampai diagnosis bahawa Helena terkena penyakit mental, dan hasil siasatan doktor, keturunan Sophia juga pernah mengalami gangguan mental.

Sophia kemudian diberitahu bahawa rumah apartmentnya itu pernah terjadi satu kejadian tragis dimana seorang isteri yang dikatakan curang, kemudian suaminya mencabut semua giginya dan mengurungnya dalam almari hingga mati. Dan Pari-Pari Gigi yang mengganggu Helena ingin menuntut haknya semula.

REVIEW
1) Cerita ni agak slow & memeningkan.

2) Pari-Pari Gigi ni awal-awal korang tengok, mesti ingat dia teraniaya, tapi sebenarnya dia seorang yang jahat.

3) Aku simpulkan, plot dia agak twist. Maksud aku, akhir-akhir cerita barulah nampak macam korang boleh cakap --- Ooooooooo camtu rupanya. Hahahhaa!

4) Tak berapa nak seram bagi aku.

5) 2 out of 5.

2 comments:

  1. Okeylah, Dik. Dah adik bagi 2 out of 5, akak malaslah nak tengok. Akak pun suka cerita seram ni tapi nak menonton cerita yang betul-betul seram, memang payahlah sekarang ni. Tapi nak 'terjumpa' sendiri tu, seramlah pulak akak rasa ^_^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.