Cinta Yang Berakhir Dengan Santau [Part 4]


Sambungan dari [Part 3]

Satu hari tu Hafiz tengah nak siap-siap pergi kuliah, lepas mandi dia nak pakai baju laaa kan? Bila bukak je almari, ada seekor ular hitam tengah melingkar kat baju-baju dia. Ular tu angkat kepala dia dan terus patuk muka Hafiz. Terus dunia Hafiz rasa gelap, dia tumbang, badan rasa seram sejuk. Walaupun dia tumbang, Hafiz masih dalam keadaan separa sedar.

Dia dah tak nampak apa-apa sampailah dia dengar suara roomate dia. Dengar bunyi ramai orang, rasa badan dia diangkat dan tiba-tiba dengar alunan ayat-ayat Al-Quran. Kemudian penglihatan Hafiz beransur pulih.

Sebenarnya, kawan-kawan Hafiz ni tadi angkut Hafiz pergi rumah lecturer diorang. Kebetulan lecturer tu pandani mengubat. Lepas Hafiz dah ok tu terus roomate dia bukak cerita.

Diorang nampak Hafiz atas lantai, mata terbuntang tapi nampak mata putih. Anak mata naik habis ke atas. Lepas tu Hafiz buat gerakan macam ular. Terlenggok sana terlenggok sini sambil melingkar-lingkar. Dia jadi takut so dia panggil kekawan lain datang dan diorang terus hantar Hafiz ke rumah lecturer.

Lecturer tu pulak suruh Hafiz pergi rumah kawan dia yang lebih terer dalam mengubat kes-kes macam ni. Diorang panggil Abang Wan. So Abang Wan ni start rawatan dengan bacaan ruqyah. Lepas tu minta Hafiz angkat kedua-dua tangan.

Sambil menempik, Abang Wan cakap --- " Kalau ada jin sihir dalam badan Hafiz, bergerak ke tangan kiri sekarang!! Jatuhkan tangan kiri Hafiz!" Ayat tu diulang 3 kali tapi takde respon.

Lepas tu Abang Wan sambung lagi Ruqyah dan tempik ayat yang sama, sampai dada Hafiz berdebar-debar, dia rasa seolah ada ular bawah kulit dia. Bermula dari kaki kiri, ular tu bergerak ke betis, paha, perut dan dada sampai ke tangan kiri Hafiz. Tangan kiri Hafiz rasa sangat berat dan tangan kirinya jatuh maka ternyatalah ada jin dalam badan Hafiz.

Abang Wan sambung lagi, tempik lagi tapi kali ni dia suruh jin tu bergerak ke lidah Hafiz sebab Abang Wan nak "berborak" dengan jin tu. Hafiz terasa ular di bawah kulitnya bergerak ke tangan kiri dan ke mulutnya. Perit jangan cakap la waktu tu, rasa nak muntah pun ada. Lepas tu baru Hafiz macam sedar macam lidah dia dikawal oleh jin tersebut.

Abang Wan tanya banyak kali "Siapa yang hantar?" tapi yang ada cuma bunyi ular. Sampai sudah tak tahu siapa yang hantar. So Abang Wan mintak la jin tu keluar ikut mulut Hafiz. Yang keluar dari mulut Hafiz hanya air kekuningan dan 3 ketul bebola darah beku.

Esok tu Hafiz ponteng kelas. Tiba-tiba dia dapat mesej dari Dila, "Bodo! Kau keluarkan satu, aku boleh hantar lagi!" .. Makanya, sah la Dila punya angkara. Bengang gila la si Hafiz ni. Tapi nak marah tak boleh sebab Hafiz sedar silap dia. Dia pun minta maaf tapi Dila tak balas pulak mesej dia tu.

Bersambung................

4 comments:

  1. ini yg orang selalu cakap, perempuan kalau dah sakit hati.. kena yg macam Dila memang sanggup buat macam ni.. dasyat kan, sebab tu jangan main-mainkan hati perempuan.. bahayaaaa..

    bersambung pula lagi... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku pun sanggup cuma fikir kewarasan dan syirik tu, aku diamkan. Biarlah Allah yang balas.. aku pernah rasa apa Dila, Ain dan Ayu tu rasa.. haha

      Delete
  2. HUH BERANINYA MAIN2 DGN SIHIR...SERAM

    ReplyDelete

Powered by Blogger.