LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG
LEMANG PERIUK KERA BUKIT BELACAN AMPANG - Pertama kali aku mencuba lemang periuk kera ni, adalah dirumah kawan Mama dulu. Masa tu aku masih muda remaja, adalah dalam umur 19-20 tahun. Sekarang dah berumur 27 tahun.
Selepas kahwin, punyalah teringin nak makan lemang periuk kera ni. Mengidam tu dah mengidam tu dah mengalahkan orang mengandung. Tapi sebab tak jumpa, aku kuburkan je niat teringin aku tu.
Tahun ni, aku mengidam lagi gara-gara ramai pulak yang post dalam Facebook dapat merasa makan lemang periuk kera. Aku yang tension, macam biasalah kan... 'search' dalam Facebook. Alhamdulillah, area Ampang ada. Dekat je dengan area rumah ni. Terus harini jugak ajak tuan suami pergi beli.

Korang jangan tanya harga dia seketul berapa, sebab lemang periuk kera di Bukit Belacan ini dikira mengikut kilo. Aku beli setengah kilo dengan harga RM18. Sebab teringin punya pasal, aku sanggup. Lulzzz.... Tapi kalau beli sekilo. harganya RM35.
Rasa lemang periuk kera ni agak berlemak dan lembut, sebab dibuat secara kukus, bukan bakar ye. Kalau korang yang ada area Ampang tu, nak cuba bolehlah beli dekat gerai depan Sate Station area Bukit Belacan tu. Depa meniaga sampai habis raya, sempat lagi lah kalau nak rasa.
No.tel : 013-261 3005



Sedap x? Mama x penah makan ni
ReplyDeleteSedap ma.. alhamdulillah...
DeleteFamous tahun ni lemang periuk kera. Ana tau pasal lemang ni masa tgk upin ipin dgn syafi. Hehe. Nak cuba lah satu hari nanti.
ReplyDeleteMemang femessss, rasa sama macam pulut letak santan tapi sebab dia rare kan... hihi
Deletemmg sedap sgt
ReplyDeleteDah habis makan macam teringat2 pulak..
Deletedlm setengah kilo tuh dpt berapa ketol ye
ReplyDeleteDalam 9 ketul camtu :)
Deleteserius tak pernah rasa lemang periuk kera ni.. tapi, harga dia mantap la.. periuk kera kan susaah nak carii
ReplyDeleteHarga memang tak boleh angkat jugak tapi sebab akak teringin, kuturuti jugak... sekali sekala katanya...
Deleteharini asyik baca pasal makan je.. pagi-pagi dah lapar teruk.. hehehe
ReplyDeletewahh sedap ye.. tak pernah nak rasa. kat area sini ada gak yang jual.. boleh lah nak rasa nanti..
ReplyDeleteyanieyusuf.com
Adik cikla haritu punyalah mengidam nk mkn lemang ni, dapat jugak. Itu pun mak kawan dia carikan. Katanya sedap, lembut dan berlemak. Lawanya dengan rendag daging kalau tak silap masa tu. Tp time tu cikla tak teringin pulak nk rasa. Hihi
ReplyDeleteTeringin hari tu masa tengah viral...tapi tak tercuba hehe..
ReplyDelete