SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR (SAMARINDA TV3)
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR (SAMARINDA TV3) - Bila datangnya Ramadhan, maka adalah cerita yang menarik sikit kan? Aku suka tengok drama masa bulan puasa, sebab kebanyakkannya best, lain daripada yang biasa. Ehh... sebelum ni Menanti Februari pun aku tengok, sebab ada khilaf yang buat aku tertanya-tanya dalam drama tu.
Haaa korang! Drama terbaru ni pun macam best je. Puteri Balqis berlakon. Tak sabar nak tengok. Ni aku kongsi sinopsis drama yang mungkin best ni. Jom tengok!

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam di Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
LAGU TEMA : Aiman Tino (Permata Cinta), Potret (Mungkin)
LAGU TEMA : Aiman Tino (Permata Cinta), Potret (Mungkin)
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang ketabahan seorang wanita bernama Fatihah, yang cuba mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Kehidupan mereka sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil. Bukan itu saja, Fatihah juga sering dipukul.
Fatihah yakin dia mampu bertahan dengan sikap suaminya itu hanya kerana Aleeya. Kesengsaraan Fatihah bukan hanya kerana suaminya saja, tetapi ibu mertuanya Normah, seorang yang keras kepala, suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihah. Normah sememangnya tidak disenangi oleh orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat.
Fatihah tidak terlepas menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang oleh Normah. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan perkara itu membuat Fatihah berasa terpinggir.
Tidak kurang penderitaannya, Fatihah juga mempunyai adik iparnya Norlin, seorang yang obses kepada kanak-kanak. Dia amat mencemburui kecantikan Fatihah dan rezeki Fatihah kerana mempunyai zuriat. Seperti ibunya, Norlin juga bermulut jahat dan suka menghasut.
Walaupun Airil panas baran dan sering memukul Fatihah, jauh disudut hati dia amat menyayangi Fatihah. Tetapi dia tidak tahan dengan sikap cemburu butanya. Kerana sayangnya pada Fatihah, Airil cuba mengubah sikapnya.
Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama menarik ini di saluran Samarinda TV3.



Baca sinopsis mcm best. Abam syukri Yahaya berlakon kena tgk ni... Hihi
ReplyDeleteTak berkesempatan lagi nak tengok drama ni..
ReplyDeleteSuka tgk shukri yahya..tp takut la tgok dia panas baran huhu
ReplyDeleteBest jgk cter nie..bru layan..sedih sgt 😂😂
ReplyDeletekalau nk bg cerita ni cepat habis.. suruh fatihah mtk fasakh.. mudah bukan? hahaha
ReplyDeletesuami die terlalu panas baran dan cemburu tak bertempat.sakit hati pulak
ReplyDeletesuami die terlalu panas baran dan cemburu tak bertempat.sakit hati pulak
ReplyDeleteCerita yang sarat dengan maianan emosi dan penuh dengan pengajaran. Sy jarang mengikuti cerita melayu tetapi cerita andainya takdir menyebabkan sentiasa ingin berada dihadapan tv selepas solat terawikh
ReplyDeleteBila tgk drama ni..bergenang air mata.teringat kisah drama ni betol2 pernah jd pd diri sendiri.
ReplyDeleteHey pemilik blog ni <3
ReplyDeleteHugs from me
cerita feveret saya. tiap kali tengok mesti membebel kat suami. done follow jugak.
ReplyDeleteDrama best
ReplyDelete