KEK INDULGENCE HOMEMADE : DARI MAMA BUAT AKU

KEK INDULGENCE HOMEMADE : DARI MAMA BUAT AKU - Alkisahnya 27 Februari 2017 yang baru-baru ni adalah hari lahir aku yang ke-27 tahun. Macam biasa, aku selalu harap ada orang belanja aku makan kat luar. Haha ! Takdelah, aku tak harap apa sangat pun, aku bersyukur aku masih hidup lagi sehingga umur 27 tahun ni sedangkan dari kecik aku hanya rasa hidup aku tak lama.

Berbalik pada cerita kek, hari sebelum birthday aku, aku perasan Mama nak buat kek. Aku ingatkan untuk customer since aku memang tak expect apa-apa kan? Aku perati je. Ini bukan kek yang Mama selalu buat untuk customer ni....

Lepas tu Mama merungut kek dia tak berapa nak menjadi lepas bakar tu. Dalam pada tak jadi tu, Mama bakar lagi satu layer kek. Aku curious la kan? Kek apa pulak yang Mama nak buat ni? Baru aku perasan dia tengok resepi dekat henpon. Resepi Indulgence Cake! 

Muka Mama macam hampir giveup je pagi tu sebab dia rasa kek dia buat untuk aku tak menjadi. Tapi aku cakap dekat dia yang aku tak kisah, jadi tak jadi nanti kita makan je laaa...


Dekorasi masih comot lagi sebab Mama first time buat kek ni. Hahaha ! Aku rasa inilah kek birthday aku yang paling comottttttttt sekali tau ! Tapi sebab aku suka dengan chocolate ganache, aku rasa terliur plak walaupun comot kek itu.


Mula-mula Lia (adik bongsu aku) yang makan, dia cakap sedap macam Secret Recipe. Mama aku tak percaya pulak. Sekali Mama sendiri rasa, dia pulak yang puji diri sendiri. Hoho ! Tapi memang sedap lah. Takdelah rasa ganjil pun kek Mama tu. Mungkin dia nervous kot baru first time.

Disebabkan sedap, aku cadangkan Mama buat jual la. Tuan suami dengan adik-adik aku pun setuju jugak. Sebelum ni Mama memang meniaga Homemade Moist Chocolate Cake. Pre-order. Dari aku kecik Mama memang buat kek sebagai pendapatan sampingan.

Apapun, terima kasih Mama sebab buat kek yang sangat sedap di hari kelahiran Fiqa! Kek memang kalah Secret Recipe tau! Tak puas makan haritu sebab sesak nafas. Semoga ada lagi dalam peti ais tu.

Kbai.

No comments:

Powered by Blogger.