Lazada Malaysia

Kisah Seram : Rumah Berhantu Di Flat Sungai Besi !

4:39 AM


Kisahnya bermula bila seorang mamat bernama Ayep pindah rumah... Awalnya dia ni ada praktikal kursus Mechanical... so dia bercadang laa nak cari bilik sewa... Kalau rumah macam mahal pulak... Sebelum tu dia menapak kat bilik adik dia kat UniKL..

Nak jadi cerita... dia pun dapat laa satu bilik sewa kat Sungai Besi... rumah flat je pun... dapat pulak tingkat atas sekali... Lepas dah bayar deposit semua, dia pun berpindah.... Awal2 pindah dia dah dengar bunyi pelik2 atas bumbung tapi dia bolayan je laa --- ''ahh mungkin tikus ke kucing ke main kejar2 tu..'' haaa gitu laaa dalam fikiran dia...

Walaupun hanya bilik, tapi sebab tuan rumah tak selalunya ada kat rumah.. Ayep ni anggap jela rumah tu macam rumah dia..... Cehh sempat tu berlagak jadi tuan rumah.... Haa !! Gangguan atas bumbung tu hari2 ada tapi si Ayep ni dah lali sangat... Sebab memang takde apa yang mengganggu dia sampailah 6 bulan selepas dia tinggal kat rumah tu..

Suatu hari dia tengah tengok TV... Citer Maharaja Lawak Mega ...Lepas tu tetiba dia dengar bunyi yang sayup2 macam tengah meneran ----- "herghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!" tapi dia still buat cool... Lepas tu dia boleh cari pulak bunyi tu datang dari mana...

Orang tua2 cakap... Kalau bunyi slow maknanya "benda" tu dekat dengan kita... kalau bunyi kuat maknanya "benda" tu jauh... Dan bunyi yang Ayep dengar ni slow aje..... Selepas dah tercari2 tu... Boleh pulak hijab dia terbuka sampai nampak benda tu depan dia... Sejenis susuk bewarna hitam dan rambut panjang mengurai menutupi muka...


Ayep nak lari tapi macam tak berdaya so dia decide masuk bilik, bukak je laa surah2 yang ada... Then cuba untuk lelapkan mata walaupun menggigil sampai nak terkencing... Nak kencing pun kena tahan tau... Takut punya pasal....! Akhirnya dia terlelap jugak...

Esoknya , Ayep terus blah dari rumah tu dan balik ke kampung... Dalam masa yang sama dia dah habis pun praktikal dia so memang hantu tu muncul on time laa....   Ayep tak sempat pun bertanya tuan rumah pasal hantu tu... Tapi pelik kann?Tuan rumah dah ada rumah sendiri tapi selalu sangat dia menumpang tido kat rumah kawan dia kat Dato' Keramat.... haaaaa~~~ tetiba macam terseram plak....

You Might Also Like

2 cayang gojesss !

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.