Lazada Malaysia

Kisah Seram : Perempuan Misteri Di Kondominum Damansara !

3:14 AM


Alkisahnya ada la seorang pemuda ni... Warga asing katanya... Dia dah lama laa bekerja dan menetap dekat Malaysia...

Sebelum ni dia berkongsi rumah flat dengan 10 orang member dia... then dia dapat kerja bagus dan gaji agak masyuk... So dia pindah kat kondo yang agak mewah jugak laa kat area Damansara... Dia bercadang nak bawak anak bini dia tinggal kat kondo mewah tu... Tapi anak bini dia takde kat Malaysia ni, so.... dia tinggal la sesorang dulu kat rumah dia baru beli tu..

Nak jadi cerita, dalam sebulan dia tinggal dalam kondo mewah tu, dia rasa selesa... Semuanya serba mudah... parking senang... kedai runcit dekat... kira dia puas hati laa... Tapi tetiba ada benda tak best pulak jadi...

Satu malam tu, dia tengah syok2 tido dalam bilik... melayan perasaan sambil tido2 ayam... Dia dengar bunyi orang bukak pintu bilik sebelah... Dia buat tak tau lagi tu... then, tetiba dia dengar bunyi pintu kena hempas plak... "Ehh... siapa plak tu?" getus hati dia... Tapi dia abaikan je perasaan ingin tahu tu demi mengatasi rasa takut... mau tak takut tetiba dengar bunyi padahal kau sorang kat rumah...

Esok pagi, dia check bilik sebelah.. "aik.. kosong je takde orang"... So dia bolayan je laa... Sangka dia mungkin salah dengar... dan malam2 seterusnya.... dia sudah tidak diganggu..

Suatu hari yang tak dapat dijangka, mamat ni tetiba haus tengah malam... so dia nak minum air... Dia bangun arr nak ambil air kat dapur...Dalam keadaan mamai2 tu, dia dengar bunyi gelas jatuh.... tanpa disengajakan, dia ternampak seorang wanita berbaju lusuh, berlari dalam keadaan kepala menunduk... Mamat ni cecepat cari suis lampu... tapi bila pasang lampu, hilang pulak kelibat wanita tu,,


Dipendekkan cerita, esok tu dia beli CCTV demi menyiasat siapa wanita tersebut.... Dalam hati dia kemain husnudzon, dia ingatkan wanita tu seorang warga dhoif yang memerlukan tempat tinggal... Tapi logikla sikit, macam mana wanita tu boleh masuk rumah? tengah malam pulak tu?? *haha*

Firstly masa tengok CCTV tu, dia still bersangka baik bahawa wanita itu adalah seorang manusia yang menumpang tido dalam bilik sebelah....Maka mamat ni dengan nawaitu yang baik nak tolong laa... Then malam tu dengar lagi bunyi gelas pecah... tapi bila pasang lampu takde siapa pun kat rumah tu..

Dia tengok balik CCTV, dan terkejut macam kerasukan saiton nirrojim bila tengok wanita tu boleh tembus dinding... Menggeletar jiwa raga mamat ni tadi.... Maka dia tak cakap apa dah.. Dia ambik kunci kereta dan pergi tido flat lama dia dengan kekawan dia...

Maka, tak tercapailah hasrat mamat ni tadi nak bawak anak bini dia tinggal kat kondo mewah Damansara ni.... dia dah jual rumah tu kat bank.... Siapa wanita tu? masih lagi misteri...

Sekian.

You Might Also Like

3 cayang gojesss !

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.