Lazada Malaysia

RESEPI : Roti Sardin Dicelup Telur

11:35 AM

Assalamualaikum wbt !

Sekian kalinya entri ini tanpa gambar sebab aku lupa nak ambil gambar... Tak gigih pulak nak mengambil gambar aritu sebab masing2 lapar dan asyik repeat je roti sardin aku buat... haha !

Sebenarnya, roti sardin ni abah yang rekues... Aku ingat lagi first time dulu masa aku buat abah kata macam pelik... in the end, dia pulak yang repeat makan... Yela,,, selalu mama buat roti telur biasa je... kosong je... mana letak sardin bagai.. Kalau adapun roti sardin, kita panggil sandwich sardin je laaa...

So.... meh laaa nak taip resepi !

RESEPI ROTI SARDIN DICELUP TELUR
Bahan-bahan :-
Roti
1 tin sardin - dihancurkan
2 labu bawang merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
4-5 biji cili padi - hiris halus (nak tebal pun sukahatilaaa)
2 biji limau kasturi - ambil jus
1/2 teh asam jawa (optional)
garam
gula
penambah perisa (jika perlu)
planta
telur + sedikit garam = dipukul

Cara-caranya :-
  • Firstly, panaskan planta lepastu tumis segala bawang dengan cili sampai layu... Masukkan sardin.
  • Dah separuh kering sardin tu, letak laa segala garam gula, serbuk perasa dan air limau.. Dalam kes aku, letak limau kasturi still tak naik sangat rasa dia maka aku letak sikittttttt je asam jawa extra adabi..
  • Lepas tu kalau rasa dah ok... tunggu kering sikit.. tutup api.. Then ambik sardin tadi, sapu pada roti, lipat..
  • Celup roti tadi dalam telur yang dah dipukul... Goreng ! Ok dah siap...
Tengok abah, suami & adik2 makan tak hingat doooniaa.... Aku jadi bangga... Yelaaa... kira penat aku tu berbaloi laaa.... Haha.. Masak pun penat ke?? Hmm nak buat macam mana, antibodi aku tak macam orang normal :)

Sekian.

You Might Also Like

0 cayang gojesss !

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.