Resepi :: Roti Naan + Ayam Tandoori + Kuah Mint (Chutney)

Hey hey.. Baru baik pulih dari kesedihan yang tak berapa nak sedih..

.. Haritu kan.. Wa bikin Roti Naan Cheese.. (Betul ke pronounce dia??) And yeah.. not bad.. Rasa sungguh sedap dan comel secomel tuan yang membikin roti tersebut..


Dipersiapkan dengan Ayam tandoori dan Chutney.. (Kuah hijau yang mint tu..) And again.. Sedap jugak walaupun tak rasa macam dekat kedai..



Hoookehh!! Ini resepi2 segala roti naan + ayam tandoori serta kuah chutney..


:: Roti Naan ::

Bahan-bahan -

6 cawan tepung gandum
2 cawan tepung berserbuk penaik
1 cawan susu cair
1/2 biji lemon
1 paket yis
2 sudu marjerin
2 sudu besar gula castor/gula pasir
1 sudu teh garam

*Optional*
Cheese (mozarella/cheddar) -parut-
Garlic -cincang-

Cara-cara -

1. Campurkan susu cair dan perahkan lemon.. Ini adalam untuk pembikinan tairu.. Kalau malas.. Sila guna 1 cawan yogurt yang dah beli kat kedai Pak Mat Tempe..

2. Yis tu.. silalah rendam dengan air suam setengah cawan.. kasi dia kembang sekembang badan korang..

3. Tepung gandum and tepung berserbuk penaik tu korang campur and ayak2 sampai dia takde ketul2.. Proses ni dilakukan untuk meringankan roti korang tu..

4. Campurkan segala gula.. garam.. dan marjerin.. Dan gaul sebati.. Gaulkan tinggi2x tepung tu supaya lepas korang makan roti naan tu.. Daya ingatan akan lebih meninggi.. hoOoyeah..

5. Buat lubang tengah2x tepung tu.. Afta that letak yis.. And sambung membuli tepung tersebut dengan penuh megah..

6. Kalau agak kering.. Campurkan sedikit air..

7. Dah sebati dan menjadi doh.. Sila balut dengan tuala basah ye.. Untuk lebih berperisa sila guna tuala yang korang lap badan.. *memang tahap suwey dah budak ni*

++ Wa lagi suka bermain dengan tepung menggunakan tangan dulu.. Bila dah gaul sekali dengan yis.. Baru masukkan dalam mixer.. Supaya doh tadi benar2 lembut dan sebati..

8. Bila doh dah kembang.. Tumbuk2 doh tersebut and boleh la kasi lenyek mengikut saiz yang korang suka.. Wa suka letak cheese dengan garlic.. Rasa yang sungguh heaven..

9. Gorengkan atas pan ataupun bakar dalam oven.. Siap.. :)

----------------------------------------------------------------------------------------------

:: Ayam Tandoori ::

Bahan-bahan -

Setengah ekor ayam (potong ikut suka)
5 ulas bawang putih
2 inch halia
2 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kari
1/2 ikat daun ketumbar
1 cawan yogurt
1 sudu serbuk ketumbar / 1 sudu biji ketumbar dikisar halus
garam
1/2 biji lemon
1 sudu serbuk perisa PastiSedapKnorr
sedikit pewarna merah

Cara-cara -

1. Mula2.. Ayam tadi dikelar2 isinya dan diperap dengan 1sudu serbuk cili.. sedikit garam dan setengah biji lemon.. Perap at least 2 hours.. Tujuan perapan ni untuk kasi ayam lebih berperisa.. Sebelum perap dengan bahan lain..

2. Bawang putih.. halia.. serbuk ketumbar.. daun ketumbar serta yogurt dikisar halus.. Sila jangan letak air..

3. Lumurkan bahan kisar tadi bersama pewarna merah dan perasakan dengan serbuk perasa PastiSedapKnorr .. Perapkan semalaman atau atleast 5 hours.. Tapi sebab lapar sangat aritu.. Wa perap 3 hours je.. Tetap sedap !

4. Lapik aluminium foil atas dulang pembakar.. Griskan dengan sedikit minyak sapi.. Susun ayam dan bakar dalam oven sehingga masak.. Dalam 20 mins ++

5. Dah siap.. Sila perah dengan limau nipis ye..

----------------------------------------------------------------------------------------------

:: Chutney ::

Bahan-bahan -

2 biji cili hijau
seinci halia
secawan daun pudina
setengah cawan yogurt
garam
sedikit perahan lemon

Cara-cara -
Kisar semua bahan diatas.. Perasakan dengan garam.. Dan panaskan kejap atas dapur.. Dah siap.. :)


Resepi-resepi diatas ni diculik dari internet dan di-derhaka-kan oleh wa.. So try la buat.. Buat sendiri puas.. Lagi satu.. Ayam tu penuh juice kalau kite bakar sendiri.. Memang puas makan.. Rempah dia lekat2.. Memang no more roti naan kedai mamak lepas ni..


#NotaJariKaki#
Beberapa hari tak makan akibat stress..