RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM

RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM - Tiba-tiba rasa teringin nak makan chicken blackpepper. Tapi aku sejenis tak berapa suka dengan sos blackpepper @ lada hitam yang instant punya. So gigih la buat kuah sendiri. Cuma termanis pulak kuah lada hitam aku tu. Terlebih letak gula alkisahnya. Haha!

Lain sikit resepi aku ni sebab guna daun kari. Aku teringat satu resepi guna daun kari dalam kuah blackpepper dia. Hero yang kedai tu guna masa tu adalah sotong. Eh.. meh aku share resepi.


RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM
Bahan-bahan :
Ayam secukupnya - perap dengan garam
1 biji bawang holland - mayang kasar
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili
sos tiram secukup rasa
sos ikan secukup rasa
kicap cair secukup rasa
kicap pekat
lada hitam - kisar kasar
garam dan gula
tepung jagung sebagai pemekat

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang, cili kering dan daun kari hingga naik bau. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan masak. Kemudian masukkan lada hitam. Kacau lagi. Selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan air dan biarkan mendidih. Seimbangkan rasa menggunakan garam atau gula. Masukkan tepung jagung. Biarkan mendidih lagi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba :)

1 comment:

Powered by Blogger.