Lazada Malaysia

BOLEHKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS BERPUASA?

11:10 AM

BOLEHKAH PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS BERPUASA? - Hal ni selalu juga menjadi pertanyaan dikalangan pesakit buah pinggang atau diebetes yang menjalani dialisis sebenarnya. Soalan yang sering diajukan adakah pesakit yang menjalani dialisis berpuasa?

Bagi yang tak tahu, dialisis adalah satu kaedah dimana darah pesakit akan dialirkan keluar ke dalam mesin untuk dibersihkan dan akan dimasukkan semula ke dalam badan pesakit. Jika dialisis tidak dilakukan, ianya akan menyebabkan kematian. (Bagi pesakit kegagalan buah pinggang).

Dalam proses cucian darah ini, ada garam-garam yang tertentu, zat-zat nutrien dan kadangkala darah (packed cell) akan dimasukkan dan proses ini akan membatalkan puasa.


Para kibarul ulama telah menilai bahawa nyawa lebih utama dari segalanya dan menfatwakan tiada kewajipan bagi para pesakit dialisis untuk berpuasa. Dan jika pesakit menjalani hemodialisis (cuci darah) yang kebiasaannya 3 kali seminggu, mereka tidak boleh berpuasa pada 3 hari tersebut. Pada hari mereka tidak menjalani dialisis, puasa boleh diteruskan jikalau mampu.

Jika pesakit menjalani dialisis peritoneal (cuci air), ia merupakan proses yang perlu dilakukan setiap hari. Para ulama telah memberikan rukhsah yang cukup baik bahawa mereka dibolehkan untuk tidak berpuasa.

Untuk pesakit-pesakit Hemodialisis, mereka boleh men'qada'kan puasa pada hari-hari mereka dialisis jika mampu, atau boleh membayar fidyah.

Untuk pesakit Peritioneal Dialisis yang perlu menjalani dialisis setiap hari, untuk meng'qada'kan adalah mustahil, jadi mereka juga boleh membayar fidyah.

Hmmm..ada ulama' berpendapat pesakit yang menjalani hemodialis dan peritoneal dialisis tidak membatalkan puasa. Bagi aku, sebagai pesakit kronik, kegagalan buah pinggang tahap akhir, aku lebih memilih untuk tidak berpuasa sewaktu menjalani hemodialisis / peritoneal dialisis.

You Might Also Like

3 cayang gojesss !

  1. ohhh... macam tu. kalau gitu memang serius nampaknya.. semoga puan blog sihat sentiasa...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas perkongsian Onie

    ReplyDelete
  3. thanks share info untuk yang tak tahu.akak doa tuca dapat berpuasa dan beribadah dengan baik Ramadhan ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.