RESTORAN NASI KANDAR POPULAR DI PENANG ADA BANGKAI DAN NAJIS

RESTORAN NASI KANDAR POPULAR DI PENANG ADA BANGKAI DAN NAJIS - Aku dah lama pasang angan-angan nak makan nasi kandar yang satu ni, maklumlah ramai cakap sedap. Tapi aku difahamkan, bagi orang-orang Penang, restoran nasi kandar yang satu ni bukanlah kategori yang PALING SEDAP macam diuar-uarkan.

Harini terbaca, restoran nasi kandar yang popular tu diarah supaya ditutup sementara kerana pihak KKM telah menemui lipas berkeliaran serta bangkai dan najis tikus. Aduh.... baca pun dah geli. Lepas tu saja layan video, Allah.... memang melugai tekak aku. Kenapalah sebuah restoran yang dikenali ramai tidak menjaga kebersihan restoran tersebut?


Ampa judge la sendiri. Sebenarnya bukan restoran tu je, ada lagi satu restoran yang turut diarah ditutup. Selain itu, restoran mamak yang lain pun kebanyakkannya tidak mementingkan kebersihan. Layanan depa baguih, cuma part kebersihan tu tak tau awatnya boleh gagal. Bukan itu je, ada pekerja yang tidak menerima suntikan. Hmmm..... kesian pulak teringat orang yang datang jauh-jauh untuk makan nasi kandar kat sini.

Kredit : The Star Online.

Hmmm.... ingatkan kedai mamak 'fake' je yang kotor. Mamak yang sebenar-benar mamak pun tak peduli tentang kebersihan. Ampa tau tak yang ampa nak bagi orang makan? Ampa tak rasa ka yang ampa aniaya orang sebab sifat kekotoran ampa tu?

Mohon tokey-tokey restoran mamak yang tak bersih ni ambil iktibar lah ye? Sekian,


6 comments:

  1. Sebab itu tak suka pergi kedai mamak ni. Terbayang macam2 bila nak suap makanan ke mulut tu. Sy pernah pergi sini sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang hakakkk teringin, pejam mata jugak la. Cuma sebolehnya hakakkk cari kedai mamak yang jaga kebersihan. Susahlah sekarang nak cari kedai mamak yang pekerja dia pun mamak. Mostly pendatang.

      Delete
  2. OMG, Sha.. Nasib baik, memang tak minat nasi kandaq ni. Tapi betulla, orang selalu datang jauh2 cari nasi kandaq ni. Sebab femes ja. Orang Penang jarang pi pun.hehe. Sha, kalau mai Penang, cari Nasi Kandaq Deen tau. Yang tu memang Thorbaekk! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairaaaaa ! Ai missyuuuuu ! Terima kasih suggest tempat yang best. Memang teringin nak makan nasi kandar kat Penang tu..

      Delete
  3. aida teringin sgt nak gi sini tau.
    just ari tu x sempat. gi penang musim ujan.
    aduhai... patut nyer kena denda tinggi2 ni kalu kes gini.
    buat org yg da makan rasa nak muntah !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa memang kena kompaun tapi tak ingat berapa. Lepas tu kalau sabit kesalahan kena penjara kalau tak silap...

      Delete

Powered by Blogger.