ALHAMDULILLAH, MENANG WANG TUNAI SEGMEN GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017

ALHAMDULILLAH, MENANG WANG TUNAI SEGMEN GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 - Bila aku baca statement-statement pasal rezeki tidak salah alamat ni, aku diamkan je. Yela, bukan setiap hari rezeki itu datang pada aku. Sampai aku rasakan tidak adil.

Tapi, memang betul yang rezeki Allah SWT itu luas dan tidak pernah salah alamat. Ianya datang bila kau memerlukan. Bulan Februari ni, alhamdulillah rezeki aku melimpah dan tiba pada waktu aku benar-benar terdesak nak kumpul duit.


Tempoh hari, aku ada join giveaway anjuran Slimmtreat dan blogger +Diana Rashid  . Aku hanya mencuba-cuba nasib. Kalau tak menang, kita cuba je lagi.. kan? Aku memang jarang join giveaway so bila dah join, of course la ada secebis harapan untuk menang kan?

Semalam peserta yang berjaya menang telah diumumkan. Berkobar-kobar nak tengok siapa pemenangnya. Dalam hati tu taknak pun letak sepenuh harapan takut nanti kecewa. Haha!


Tergamam kejap bila tengok pemenang 1st prize. Alhamdulillah, nama blog aku terselit disitu. Siapa yang tak gembira kalau dapat 1st prize. Rasa nak sujud syukur je. Bila dah menang ni mulalah berkobar nak join giveaway je... hahaha! Tamak kannnnnnnnnnn??

Apapun, terima kasih pada blogger +Diana Rashid  dan team Slimmtreat kerana menganjurkan giveaway dan berkongsi rezeki dengan kami para peserta ini. Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Ameen..

1 comment:

  1. Alhamdulillah..Tahniah Auni..terima kasih juga support GA akak...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.