SINOPSIS OBSESSION (TELENOVELA TV3)

SINOPSIS OBSESSION (TELENOVELA TV3) - OBSESSION adalah sebuah drama TV terbaru di Slot Telenovela TV3. Ianya menggantikan filem Akin Pa Rin Ang Bukas. Drama ini mula ditayangkan di Filipina pada 23 January 2014.


JUDUL : OBSESSION (2014)
GENRE : Drama Medikal, Romantik, Psiko
MASA/TARIKH : Bermula 10 Januari 2017 (Selasa) , jam 3:00pm
PENGARAH : Jay Altarejos
PELAKON : Bianca King, Neri Naig, Martin Escudero dan Marvin Agustin

SINOPSIS
Bernadette (Neri Naig) merupakan seorang ahli kimia di sebuah syarikat kecantikan berjaya yang telah membangunkan produk yang berbeza dengan megah.

Dia membesar didalam dunia dimana dia hanya menjadi kedua yang terbaik. Perkara ini membuatkan Bernadette sentiasa berasa risau dan tidak berpuas hati tentang dirinya. Hubungan percintaannya juga menjadi singkat kerana dia seorang yang kuat cemburu.

Sikapnya itu berubah apabila dia bertemu James (Martin Escudero), seorang playboy yang berjaya membuat Bernadette jatuh cinta padanya. Bernadette menjadi terlalu obses dengan James dan perkara itu juga membuatkan hubungan mereka retak.

Ramon (Marvin Agustin), seorang pakar bedah kosmetik dan juga seorang jutawan, mendapati Bernadette berada di dalam masalah. Ramon menawarkan peluang kepada Bernadette untuk memulakan hidup baru dengan mengubah wajah dan pengenalan dirinya.


Pelbagai terapi dilakukan pada Bernadette sebelum dia melalui pembedahan. Akhirnya, Bernadette telah mengubah wajah dan dikenali sebagai Vanessa (Bianca King). Niatnya ingin membalas dendam pada James dan membuat James jatuh cinta padanya.

Dalam pada itu, Ramon juga jatuh hati pada 'ciptaan'nya sendiri dan menjadi terlalu obses dengan 'Vanessa'.

Adakah Bernadette@Vanessa berjaya dalam rancangan dendamnya? Adakah James akan jatuh ketangan Bernadette@Vanessa? Adakah Ramon berjaya menakluki 'ciptaan' yang telah dia lakukan? Jangan lupa menonton slot Telenova yang menarik ni ya?

1 comment:

  1. Sally ade nampak iklan ni masa cuti isnin lepas...nmpk macam best..hehehe :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.