RESEPI SAMBAL ALA SAMBAL PADANG

RESEPI SAMBAL ALA SAMBAL PADANG - Assalamualaikum wbt. Selamat pagi yang sejuk katanya. Harini mood kira duit syiling sebab JKM tuan suami sehingga sekarang dibekukan padahal dan update dua bulan lepas. Tak tahulah dengan JKM ni. Tapi malas laaa nak bising-bising, bikin stress je.

Saja nak share resepi sambal ala sambal padang ni walaupun try and error. Error bukan tak sedap tapi bahan tak cukup hancur. Bukan apa, kukus tu tak berapa nak lama, so tak berapa nak menjadi. Niat asal nak buat Sambal Ijo tapi lain pulak jadinya sebab bahan tak berapa nak culkup. Lepas tu aku tak boleh nak angkat anak lesung secara kuat, sebab tangan aku ni bermasalah sikit.

Cuma, kalau kukus bahan-bahan tu, pastikan semua bahan dikukus tu rupa dia tak macam yang asal. Maksudnya, kalau sebelum kukus tu cili masih hijau, lepas kukus tu cili dah macam pucat warnanya. Barulah boleh dilenyek dalam lesung batu.


RESEPI SAMBAL ALA SAMBAL PADANG
Bahan-bahannya :
2 biji cili hijau - potong kecil
10 biji cili padi - potong kecil
2 ulas bawang putih - belah dua
4 ulas bawang kecil - belah dua
1 biji tomato muda
Daun limau purut
Sedikit gula dan garam

Cara-caranya :
Kukus semua bahan hingga layu dan lenyekkan bahan-bahan tersebut dalam lesung hingga lumat. Kemudian panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak dan goreng bahan-bahan yang dilenyek tadi dan masukkan daun limau purut, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Siap.

Selamat mencuba :)

2 comments:

Powered by Blogger.