RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API IDAMAN KALBU

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API IDAMAN KALBU - Assalamualaikum wbt. Sesekali tu terasa jugak nak syok sendiri. Hahhaa! Tapi memang masak lemak cili api ayam ni sentiasa menjadi idaman aku sebab aku memang berselera nak makan masak lemak cili api ni. Memang tak boleh move on lagi-lagi kalau ada bendi goreng belacan. Terus makan bertambah. Hari-hari makan cenggini pun aku tak jemu.

Bila memasak ni kekadang macam rajin alter resepi. Bermula dari menggunakan cili padi dan kunyit semata. Lepas tu aku letak bawang putih blend sekali, tak kena tekak pulak. Lepas tu letak ikan bilis dan baru-baru ni aku gunakan bawang kecil. Alhamdulillah, sedap.


RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API IDAMAN KALBU
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 12, basuh dan perap dengan garam, biarkan
3 ulas bawang putih - ketuk
3 batang serai - ketuk
2 paket santan pekat
Semangkuk air

Bahan-bahan kisar @ tumbuk :
2 genggam penuh cili api
2 ketul kunyit hidup - 1 batang kunyit hidup tu lebih kurang saiz ibu jari
2 ulas bawang kecil
Belacan besar ibu jari

Bahan perasa :
Garam & kiub pati ayam

Cara-caranya :
Masukkan bawang putih, serai, ayam dan bahan kisar ke dalam kuali. Masak sehingga ayam kelihatan kecut dan sebati dengan bahan kisar. Selepas itu masukkan air dan santan pekat. Kacau jangan sampai pecah minyak, nanti tak sedap.

Dah mendidih, boleh perasakan dengan garam dan pati ayam. Masak sehingga sedap, kemudian dah siap :)

NOTE : Kuah tu korang rasa lah dulu ye. Kalau kurang garam baru letak garam lagi. Sebab ayam dah dilumur dengan garam siap-siap kan? Ada orang suka letak daun limau purut tapi aku tak suka so aku tak letak. Ini resepi style aku la, memang dah lama aku guna resepi ni. So jangan kecam aku pulak kalau resepi aku tak sama dengan korang punya resepi. Hihi.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Cadangan resepi hari ni.. tak tahu la menjadi ke tak..

    ReplyDelete
  2. sedapnye klu masakpedas2
    dah lama tak buat masak lemak pedas2 sejak2 anak dah pandai mkn masak lemak .. heeee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.