DORÁNGEL VARGAS : SI PEMBUNUH MEMAKAN MANUSIA

DORÁNGEL VARGAS  : SI PEMBUNUH MEMAKAN MANUSIA - Dia dilahirkan pada 1957 dalam keluarga yang miskin. Sebelum ini dia pernah ditahan kerana kesalahan mencuri ayam dan lembu.

Pada tahun 1995 Vargas dimasukkan kedalam Istitut Psychiatric Rehabilitation Peribeca kerana telah membunuh Baltazar Cruz Moreno selain terlibat dengan kanibalisme. Namun dia berjaya melarikan diri dari istitut itu dan hidup seperti biasa didalam kemiskinan.

Kemudian dia aktif membunuh kembali diantara tahun 1998 hingga Januari 1999. Dia menyerang mangsa dengan sejenis tombak berbentuk tiub dan adakalanya dengan batu.


Setelah membunuh, dia akan menyimpan bahagian-bahagian di tubuh mangsanya yang boleh dimakan. Oleh kerana daging-daging itu tidak tahan lama, maka Vargas membunuh secara rutin.

12 Februari 1999, ahli Pertahanan Awam telah menemui dua mayat dan setelah mencari disekitar kawasan yang sama, mereka menemui lagi enam mayat disitu. Setelah ditangkap, dia mengaku bahawa dia telah membunuh 10 orang dan memakan mangsanya dalam tempoh dua tahun.

Seram kan? Tengok filem Wrong Turn pun tak sanggup rasanya diri ini dimakan. Sobsss..

1 comment:

Powered by Blogger.