RESEPI QUESADILLAS DAGING VERSI GOJESSS

RESEPI QUESADILLAS DAGING VERSI GOJESSS - Assalamualaikum wbt. Cerita dia cenggini tau. Aboy kemain la confident, dia cakap Mama ada beli roti naan instant dengan harapan kakak dia ni tolong buatkan roti naan cheese.

Aku pun confident la jugak kisahnya nak buat ayam tandoori tapi tak jadi kenyataan sebab yang Mama beli tu bukan roti naan, tapi tortilla instant.

Korang kalau nak cari roti tortilla bolehlah pergi Supermarket. Aku suka Brand Mission. Selain tortilla, Mission jugak ada produk roti naan dan roti pita. Wahhh iklan tak berbayar ! So aku macam nak share je resepi makanan Mexico yang aku buat haritu. Menjadi kesedapan buat adik-adik dan tuan suami. Hakakkk bangga !

Disebabkan resepi main campak-campak maka takdela sukatan tetap ye? Jangan marah aku pulak sebab memang aku sejenis manusia yang suka masak campak apa saja aku suka.


RESEPI QUESADILLAS DAGING VERSI GOJESSS
Bahan-bahan :
Daging kisar - tak kisah banyak mana
1 labu bawang holland - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji tomato - potong dadu
Serbuk black pepper
Serbuk oregano
Serbuk garlic
Sedikit garam

Cara-cara :
Tumis bawang holland dan bawang putih, kemudian masukkan tomato. Masa tumis ni sukahati nak guna butter ke olive oil ke atau minyak biasa. Aku guna butter. 

Lepas dah harum semua bahan tu, masukkan daging, biakan seketika dan masuk segala serbuk dan garam. Dah masak, angkat letak tepi.

===========================================================

Bahan lain :
Roti tortilla
Sos kegemaran - Black Pepper @ Mayonis @ Sos Cili @ apa saja.....
Cheese keping - aku sarankan guna brand Kraft atau sukahati la nak guna apapun

Cara-caranya :
Letak tortilla atas pan. Biarkan panas sebentar dengan api slow. Firstly letak cheese atas tortilla. Kemudian sapu sos kegemaran korang. Selepas itu letak daging yang dimasak tadi. Last sekali letak cheese. Lipat. Biar cheese cair dan bolehlah diangkat.

===========================================================

Aku makan dengan Guacamole. Nak makan cenggitu pun okay je. Takde siapa nak marah. Aku sarankan guna cheese keluaran Kraft sebab cheese slice dia tak masin sangat. Haritu aku guna Anchor tersangatlah masin.

Inti dia tu sukahati lah korang nak buat macam-mana pun tapi pastikan roti tortilla tu garing sikit la kedua-dua sisi. Ok? Faham tak aku cuba explain ni?

See ya? Selamat mencuba.

DEEPAVALI DAH NAK DEKAT, INI ADA ▶RESEPI CANDY KELAPA◀ KHAS UNTUK KORANG YANG MENGGEMARINYA :)

2 comments:

  1. Baca bahan2 dia pun dah terasa2 dok dalam mulut ni...mesti sedap..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.