Mohon Letakkan Kandungan Nutrisi Jika Ingin Menjual Tonik Kesihatan Untuk Pesakit Buah Pinggang

MOHON LETAKKAN KANDUNGAN NUTRISI JIKA INGIN MENJUAL TONIK KESIHATAN UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG - Assalamualaikum wbt. Sejenis kepantangan bagi aku bila seseorang bekerja secara tidak profesional dan bila ditanya , mereka hanya memberikan jawapan copy-paste.

Based on entri aku sebelum ni, aku pernah bagitahu yang ramai tag aku pasal minuman botani. Minuman ni kira khas untuk memberi tenaga lepas dialisis. Tetapi ramai pesakit yang menjalani dialisis yang sangat terdesak ingin sihat, maka soalan mereka kepada penjual adalah seperti ------- 

"Kalau saya minum boleh sembuh ke?" atau........ "Mak saya dah lama jalani dialisis, kalau minum ni boleh sihat ke?"


Sebagai pesakit yang menjalani dialisis, of coz aku faham perasaan manusia yang senasib dengan aku. Cuma aku sakit hati bila penjual hanya bolayan dengan soalan yang diajukan. Mereka hanya gunakan auto copy-paste sampai aku baca pun naik geram!

Dah la depa block aku gara-gara aku cakap tonik @ minuman tersebut tidak akan membantu pesakit kronik macam aku. SANGAT TAK PROFESIONAL ok? Aku tak rasa pun dengan komen itu akan menutup periuk nasi depa sebab aku siap habaq lagi yang orang-orang yang baru disahkan boleh cuba. 

See?

Lagi satu yang aku menyampah bila adalaaaa dua ke tiga orang staff nurse dialisis yang tanya kandungan nutrisi dalam minuman tu tapi tidak dilayan. Tetap auto-copy-paste.

Penjual ni buat research ke tidak bahawa pesakit buah pinggang tak boleh suka-suka amik makanan itu ini sebab antibodi kami lain dari yang lain. Banyak benda yang TAK BOLEH dari YANG BOLEH. Even kalau dah buat research, silalah buat caption supaya orang lebih faham.

Aku cuma mohon satu perkara, letakkan segala kandungan yang ada dalam ubat yang korang jual tu. Buat research tentang penyakit kegagalan buah pinggang ni. Kalau korang profesional, korang takkan block aku hanya sebab komen berunsur kenyataan tu.

Sekian.

5 comments:

  1. harapnya mereka lebih jujur dalam berniaga...

    ReplyDelete
  2. better awak dapat pengesahan doktor sebelum ambil apa2 produk kesihatan ni.. tanya seller kebanyakkan seller memang tak banyak knowledge pasal produk yang mereka jual..

    ReplyDelete
  3. banyak produk di pasaran yang diiklankan pon tak menyebut mengenai kandungan produk.
    iklannya lebih banyak berunsur syok sendiri.
    baik produk kesihatan mahupun produk kecantikan.
    apa yg sha cerita ni mungkin adalah salah satu drpdnya.

    ReplyDelete
  4. seharusnya dptkan nasihat doktor atau berbincang dgn doktor dahulu sebelum consume.

    ReplyDelete
  5. BETUL TU SYA PENIAGA HARUS ADA RASA TANGGUNGJAWAB KPD PENGGUNA MRK N XHANYA FIKIRKAN KEUNTUNGAN SAJA...KAK ALAHAN JUGA PD SETENGAH UBT N SENTIASA HATI2 KALAU NK AMBIL APA2 SUPLEMEN KECUALI TAU NUTRISINYA

    ReplyDelete

Powered by Blogger.