KAYUHAN TRANSPLAN : SAMBIL BERBASIKAL, SAMBIL TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENDERMAAN ORGAN

KAYUHAN TRANSPLAN : SAMBIL BERBASIKAL, SAMBIL TINGKATKAN KESEDARAN TENTANG PENDERMAAN ORGAN - Assalamualaikum wbt. Rasa terharu bila tengok satu kempen amal dimana dipanggil Kayuhan Transplan. Kayuhan Transplan ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang pendermaan organ bagi mereka yang memerlukan.

Barisan peserta yang terlibat.
Mereka adalah dikalangan jururawat lelaki dan seorang tentera.

KAYUHAN TRANSPLAN
Ianya sebuah kayuhan amal yang terdiri dari beberapa anak muda yang berkongsi hobi berbasikal dan mengayuh basikal sehingga ke pelosok tanah air demi membawa sokongan dan menyampaikan mesej pendermaan organ menggunakan logo Green Ribbon (Reben Hijau). Mereka menggunakan tagline Ride & Talk.

Para peserta melakukan perjalanan sejauh 650KM iaitu dari Kuala Lumpur ke Ipoh , seterusnya ke Kuala Lumpur kembali dengan hanya MENGAYUH BASIKAL !

Program ini diadakan pada 22 Oktober 2016 baru-baru ini dan berakhir pada 27 Oktober 2016. Sebelum ini Kayuhan Transplan telah diadakan pada Februari lepas iaitu sejauh 450KM.


Semoga dengan adanya kempen ini, dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia supaya tidak takut untuk menderma organ. Jangan risau, dari sudut agama ianya diharuskan. Boleh baca di Derma Organ Dari Sudut Islam .



Pakcik sudah berikrar, anda pula?



Sebarang Maklumat Tentang Kayuhan Transplan :

Facebook Page
KAYUHAN TRANSPLAN

No comments:

Powered by Blogger.