Safi Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat !

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI : PELBAGAI FUNGSI UNTUK LEBIH JIMAT - Assalamualaikum wbt. Kecantikan rambut bukanlah hanya tertumpu pada wanita tidak bertudung, malah ianya penting untuk wanita bertudung juga. Inovasi serba moden sekarang ini telah mencipta syampu khas untuk wanita bertudung. Bila rambut sihat, bolehlah tampil lebih yakin, kan?


Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Ianya sering dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan rambut sememangnya dititik-beratkan agar keadaan rambut sihat dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada yang sama mempunyai kualiti yang baik. Kebanyakan pengguna sanggup mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih beruasa mendapatkan barangan yang berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Oleh kerana memahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkaian jenama syampu khas untuk wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda telah memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, Safi Shayla Pek Fleksi.


Inovasi Pek Fleksi ini merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Ianya fleksibel dan boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. Safi Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza!


Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini.

Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawanya kemana saja. Malah, pek ini mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65% .

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hyper utama pada harga RM14.65.

Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI sila layari :

Facebook SAFI : 

Instagram SAFI : 

Youtube SAFI : 

Sekian.

2 comments:

  1. Wangi shampoo ni tak dinafikan. Guna pun terasa lembut je rambut ni.
    Nampaknya kita berdua pasni jadi pengguna tegar Safi Shayla la ye ^_^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.