RESEPI : Puding Roti Berkuah Kastard Versi Gojesss

Assalamualaikum wbt. Dah lama mengidam dengan puding roti ni. Dulu first time buat memang menjadi sangat sampai rasa tak cukup. Balik ke teratak bonda ni memang best sebab macam-macam aku boleh buat.

So, aku nak share resepi aku. Banyak resepi yang aku refer dari Google dan aku alter la sikit-sikit.Ada yang buat macam tu ada yang buat macam ni. Ikut suka lah nak buat macam mana sebab kita yang masak. Lulz!


RESEPI PUDING ROTI
Bahan-bahannya :
6 keping roti - potong empat (aku koyak2 je)
*1 cawan susu segar - aku guna Dutch Lady
*2 sudu marjerin - dicairkan
*1 biji telur
*2 sudu besar gula
*1 sudu kecil esen vanilla
*Segenggam kismis

Cara-caranya :
Bahan-bahan yang bertanda * dicampur sekali. Kemudian masukkan roti dan bagi terendam. Griskan loyang dengan sedikit marjerin dan masukkan bahan-bahan tadi. Bakar dengan kepanasan 180°c dalam 30-40 minit.


RESEPI SOS KASTARD
Bahan-bahannya :
1 tin susu cair
1 cawan susu segar
1/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula

Masak semua bahan dalam api sederhana dan pekat. Tutup api dan boleh dihidang.


Inilah kejadiannya. Mula2 aku buat sos tu agak tawar lepas tu aku alter sikit. Nak sedap, puding tu letak dalam peti ais. Makan sejuk2 macam sedap gilosssssssssss! Addicted aku dengan puding roti ni. Selamat mencuba ye.

Cheers,
Tunsha

5 comments:

  1. wow..tq for sharing resepi..nnt nak try

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. nyummsss
    tq share resepi.
    nak try nanti.

    ReplyDelete
  3. Dulu masa anak2 kecik diaorang suka betul puding roti ni..lama dah la akak tak buat

    ReplyDelete
  4. amboi dia lawan gambar makanan....hehehe


    sedap ja nampak malam malam ni

    ReplyDelete
  5. suka juga mkn ni bila petang2 .. tp dah lama tak buat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.