RESEPI : Kek Epal Berkaramel


Selalunya kita makan apple pie je. Aku suka masak cuma baking ni kurang sikit walaupun mama aku tokey kek cekelat! Bertahun dia menampung hidup dengan menjadi tokey kek cekelat di samping pekerjaan tetap dia.

Oklah, aku nak share resepi kek la pulakkkkkkkkkkssss khennnnnnnn? Hahhaha ! Ok, kek ni kek epal, tapi adunan tidak dicampur dengan epal. Resepi mudah sampai budak tak masuk sekolah pun boleh buat. Ok tipu. So, untuk penggemar epal boleh try resepi ni.


RESEPI KEK EPAL BERKARAMEL
Bahan-bahan :
¾ cawan butter
1 ½ cawan gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan susu
1 ½ cawan tepung
1 sudu teh baking powder
¼ sudu teh garam
1 sudu besar serbuk kayu manis

Cara-cara :
Butter dan gula dipukul hingga sebati. Kemudian masukkan bahan lain step by step ye. Mean, lepas masuk telur, gaul. Lepas masuk esen vanilla, gaul. Begitulah seterusnya. Ok, ketepikan.

Bahan-bahan (karamel)
1 cawan butter
1 cawan gula perang (brown sugar)

Bahan lain :
4 biji epal yang dipotong 8.

Cara-cara :
Cairkan butter dan masukkan gula perang. Bila pekat, masukkan dalam loyang yang dah disapukan dengan butter. Kemudian susunkan epal dan masukkan bancuhan adunan tadi.

Bakar 180'C dalam masa 45-55mins. Kemudian, terbalikkan atas pinggan dan potong. Hidangkan dengan whipped cream  atau aiskrim. Terpulang. 

Cheers,
Tunsha

No comments:

Powered by Blogger.