Kenapa Filem Pekak Tidak Lulus Di Brunei?


Baru mula ditayangkan, filem PEKAK dah terima tamparan hebat bila Brunei Darussalam tidak meluluskan tayangan filem itu. Ehh dah kenapa?

Haaa... komen dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei mungkin boleh dijadikan pengajaran oleh pengarah-pengarah Malaysia supaya buat filem yang bermutu sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bukan nak kaut keungtungannya.

Ok sambung.


Filem PEKAK tak dapat kelulusan di Brunei sebab katanya filem itu langsung tidak mengandungi unsur pendidikan. Unsur pendidikan yang macam mana tu?

Katanya filem ini bagi pengaruh tak baik untuk anak-anak muda. Sebabnya ada adegan macam hisap dadah, jual dadah, pergaulan bebas, keganasan dan perempuan yang hisap rokok.

Filem lakonan Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Joe Flizzow, Amerul Affendi dan Iedil Putra ini baru saja memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Zahiril dan Skrip Terbaik (Khairul Azri) di International Motivational Film Festival - Bridge of Arts 2016 (IMFF) di Rostov-on-Don, Russia.

Well, bagi aku itulah rona kehidupan yang sebenarnya. Takkan nak buat filem jadi terlalu skema pulak kan? Cuma penerimaan seseorang tu berbeza. Aku lagi menyampah kalau tengok cerita dato datin tak habis-habis. Hahaha ! Apapun aku bukanlah orang seni, cuma cerita yang best aku layankan aje.

Cheers,
Tunsha.

5 comments:

  1. apa yg difilemkan itu berkaitan dgn kehidupan kita juga.
    takde hidup yang sempurna dlm dunia ni.
    parok la kalau nak buat filem skema je..
    adeh..

    ReplyDelete
  2. btul tu..pendirian orang beza-beza..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.