Ellowe Alviso : Dari Kacak Jadi Hodoh

Manusia memang tak pernah puas termasuk aku. Kekadang tu kan aku fikir kenapalah aku pendek? Kenapalah hidung aku tak mancung macam orang lain? Kenapa?Kenapa?Kenapa?

Tapi Allah SWT jadikan sesuatu tu bersebab. DIA tak jadikan sesuatu itu sia-sia. DIA tak jadikan rumput tu sia-sia. Tahukan korang kewujudan air rumput? Sedap wehhhhhhh !

Oittt ! Aku bukan nak cerita pasal air rumput pun. Aku nak cerita pasal seorang pakwe kacak comel dari Manila tapi terus jadi hodoh sebab tak puas dengan kekacakan dia yang semulajadi itu. So aku rasa mesti dia jadi frustrated dengan muka dia sekarang ni. Aku tak tahulah kalau aku ada kat tempat dia.



Rupa Alviso sebelum prosedur.

Ellowe Alviso. Dia ni dulu menggunakan kekacakannya sebagai sumber rezeki. Umur dia 24 tahun, cari rezeki dengan menjadi model. Satu masa tu, dia macam tak puas dengan bentuk hidung dengan dagu dia, so konon nak alter la. Tapi takde duit pulak.

Sebab bajet takde, Alviso pergi buat prosedur kosmetik berharga semurah RM43 dari seorang pondan bernama Kasheca Magallanes. Pondan ni buat prosedur kecantikan secara haram. Lepas prosedur tu, muka Alviso ni jadi bertambah teruk.


Rupa Alviso yang sekarang.

Kesian kan? Sebenarnya ramai lagi selebriti yang buat pembedahan untuk cantik terus jadi tak cantik. As for me, aku dah bersyukur dengan muka yang ada ni. Aku ada niat nak betulkan gigi sebab gigi aku jongang dan jarang tapi biarlah. Aku kan dah kahwin? As long husband hari-hari puji aku cantik dah lah. Haha !

Cheers,
Tunsha

3 comments:

  1. Kasihankan! Nak lebih cantik/handsome tapi sebaliknya yang terjadi. Itulah, Allah dah kurniakan sebaik-baik rupa untuk kita. Ada sebabnya mengapa rupa kita begitu, tak sempurna orang lain mungkin. Manalah tahukan kalau kita terlalu cantik sangat, kita riak. Kita menyusahkan orang lain. Less pahala jadinya! So, terimalah seadanya apa yang Allah beri ^_^

    Kalau teringin sangat nak cantik, kita belajar make-up menawan-nawan gitulah aje ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, masa muda-muda dulu nak jugak konon kumpul duit, nak lawa-lawa hasil dari pembedahan. Dah besar ni rasa bodoh pulak pernah bercita-cita macam tu. Tengok muka sendiri ni ada jugak yang puji cantik terus rasa bersyukur.

      Iolssss mekap tempek2 je pun husband dah cakap lawa. Haha! Jadilah dari takde..

      Delete
  2. sebab tu Allah haramkan perbuatan sebegini
    pasti ada sebabnya
    tengoklah hai
    jarang tengok kes-kes macam ni dapat kembali ke rupa asal
    satu dlm 1000 la
    ayoyoyoyo..

    selamat hari raya aidiladha cik sha ^_^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.