Lazada Malaysia

RESEPI SAMBAL MERAH UTARA SIMPLE

6:44 PM

RESEPI SAMBAL MERAH UTARA SIMPLE - Assalamualaikum wbt.  Alkisahnya beberapa hari ni nak sangat makan bihun sup sambal merah utara. Tapi sayang seribu kali sayang, kat sini kalau depa kata bihun sup utara, belum tentu dapat yang betul2 utara. Mesti bagi sambal kicap ja.

Aku sebenarnya tercari2 resepi sambal merah yang aku pernah makan kat sekolah dulu. Sedap lain macam sambal dia. Aku pernah cuba buat tapi nanhadoooo! Tak jadi. Puas je aku ubah itu ubah ini, gitu jugak rasanya.

Ni aku dapat resepi dari orang pure utara. By the way, aku hanya berdarah Perak Utara, tapi aku lahir di Kuala Lumpur. errr faham tak? Ok meh laa nak share resepi hasil perkongsian Makcik Siti kat facebook.

-Hiasan semata2-

RESEPI SAMBAL MERAH UTARA
Bahan-bahannya :-
1/2 cawan minyak masak
1 paket kecil serbuk cili
2 ulas bawang kecil
1 cawan air
1/2 ketul gula gerek/gula merah
garam secukup rasa
1/2 asam keping

Cara-caranya :-
Kisarkan bawang kecil dengan sedikit air. Masukkan dalam serbuk cili dan jadikan pes. Panaskan minyak, dan masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan airpes cili tadi. Biarkan sebentar hingga sedikit garing dan letak gula, garam & asam keping. Tumis sehingga pecah minyak dalam api sederhana. Siap!
.
.
Terlampaulah senang. Tak payah nak hiris2 bawang bagai. Rupanya rahsia sambal sedap adalah dengan menggunakan gula kabung @ gula gerek @ gula merah. Selamat mencuba ye. Hakakkkk memang suka bagi resepi mudah nak buat, Hahahhahaa.. Sekian.

You Might Also Like

3 cayang gojesss !

  1. nak kena buat bihun sup pulak la esok..tu la..sapa suruh auni sebut2 bihun sup..dah terliur ni..Ingat perut auni je ada cacing..perut akak pun ada tau..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahaa buatlah kak. Untunglah boleh masak.. sobssss

      Delete
  2. mmg mudah je dik ... hehe
    kadang 2 klu buat jamuan hidanh bihun sup mmg akak buat juga tp akak suka sambal kicap sbb pedas die meleleh ayaq hidung hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.