Lazada Malaysia

RESEPI : Mint Sauce @ Sos Daun Pudina Untuk Kambing Panggang

3:24 PM

Siapa pernah makan kambing bakar pasti suka bila makan dengan mint sauce. Aku tak suka makan dengan blackpepper sauce sebab tekak aku rasa agak muak. Mint sauce pulak ada rasa sitrus yang boleh buat tekak aku neutral balik dari lemak-lemak kambing tu.

Ini kali pertama aku buat sendiri mint sauce sebab mama buat lamb chop minggu lepas. Grill aje, then blackpepper sauce mama buat sendiri. Kami memang suka budaya homemade ni, dijamin bersih dan halal. Haha !


RESEPI MINT SAUCE @ SOS DAUN PUDINA
Bahan-bahannya
1 ikat daun pudina - dihiris halus
1 sudu kecil halia yang disagat
1/2 biji lemon - diambil jus
secubit garam
1 sb gula
air suam secukupnya

Cara-caranya
Satukan kesemua bahan, dan biarkan dalam peti sejuk. Boleh digunakan selepas 2 jam.

Gambar yang aku ambil, teksturnya agak kasar. Aku ambil setengah dari hirisan daun pudina & aku blend. Semoga resepi ni bermanfaat lah ye? Terima kasih.

You Might Also Like

1 cayang gojesss !

  1. Mmg best ni.. saya mmg suka klu makan kambing atau ayam panggang dgn mint sos... bertambah selera.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.