Lazada Malaysia

Geoduck Clam.... Si Siput Belalai Menyerupai Kemaluan Lelaki

2:38 PM

Geoduck Clam.... Si Siput Belalai Menyerupai Kemaluan Lelaki. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia sebenarnya. Di Facebook, kecoh orang berkongsi gambar sejenis siput yang menyerupai kemaluan lelaki. Ada yang geli, ada yang melucah dan sebagainya. Ada juga terpegun dengan ciptaan Maha Kuasa yang Maha Hebat !

Amat menyerupai lelaki 'punya' kan?

Siput ini adalah Geoduck Clam atau nama spesifiknya Panopea Generosa, atau dalam Bahasa Melayunya Siput Belalai, adalah sejenis spesis siput yang paling besar dan paling lama hidup di dalam lautan masin.

Geoduck Clam ini berasal dari pantai barat Amerika Utara. Cengkerangnya berukuran diantara 15cm dan panjangnya lebih kurang 20cm. Tahukah korang bahawa hayat hidup Geoduck Clam ni pernah direkodkan paling lama adalah 168 tahun ! Fuhhhhhh !

Dikalangan masyarakat Cina, ianya digelar "Kerang batang gajah".. Hihihi. Nama Geoduck berasal daripada perkataan gʷídəq, tetapi tidak pasti apa maksud "gʷíd". Tetapi apa yang pasti, "əq" bermaksud "kemaluan", merujuk kepada rupa siput tersebut. 


Bagaimana nak makan Geoduck Clam ini?
Geoduck Clam boleh dijadikan sashimi macam salmon dan sebagainya. Apa yang aku tengok dari Youtube, chef tersebut hanya merendamkan sebentar dalam air panas mendidih, cabut kulitnya (macam lelaki bersunat), kemudian isi Geoduck dibasuh dengan air garam seterusnya dihiris halus dan diperah lemon, selain ditabur sedikit garam.

Boleh kata harga Geoduck Clam ni agak mahal jugak kalau di Malaysia. Sekilo mencecah harga RM 1196.72 !! Gilaaaa kauuuu !!

Haha ! Tapi kebanyakan komen yang aku baca di Facebook, mereka tak sudi pun nak rasa siput ni oleh sebab rupanya sebegitu. Bagi aku, ianya ciptaan Allah SWT. walhal ada jugak buah atau sayuran menyerupai kemaluan kaum adam & hawa.

Kalau tanya aku, aku ingin mencubanya. Tapi itu mustahil la dengan harga dia yang macam tu kan? Oklah, terima kasih sudi baca ye.

You Might Also Like

3 cayang gojesss !

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.