Lazada Malaysia

SINOPSIS FILEM | The Age Of Adaline : Dia Tak Akan Tua

4:54 PM


FILEM : The Age of Adaline
GENRE : Fantasi/Romance
PENGARAH : Lee Toland Krieger
PELAKON : Blake Lively, Michael Huisman, Kathy Baker, Amanda Crew, Harrison Ford, Ellen Burstyn & Anthony Ingruber

SINOPSIS
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Adaline yang dilahirkan pada 1908, yang awal hidupnya adalah normal, berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Fleming.

Pada suatu hari, ketika dalam perjalanan ke rumah ibubapanya, Adaline mengalami kemalangan dan dia mati dalam masa beberapa saat. Kemudian, badannya disambar petir dengan kekuatan beribu volt & membuatnya hidup kembali. Kejadian itu juga menyebabkan tubuh badan Adaline kuat dan dia tak akan tua.


Adaline & anaknya, Fleming.
Yang tua tu anak dia, yang muda tu Adaline.

Adaline diekori oleh ramai manusia yang cuba buat kajian ke atas dirinya. Dia kemudian melarikan diri jauh dari semua orang. Sehinggalah dia berjumpa dengan Ellis Jones dalam satu pesta ulangtahun sahabatnya.

Ellis menyimpan perasaan pada Adaline begitu juga dengan Adaline. Tapi Adaline ni serba salah mengenangkan faktor umur, dan dia rasa macam dia tengah tipu Ellis.


Adaline & Ellis Jones

Anak dia Fleming yang kesian dekat mak dia, memberi dorongan dan sokongan supanya mak dia teruskan hubungan dengan Ellis. Tak lama lepas tu, Ellis menjemput Adaline pergi ke rumahnya untuk diperkenalkan pada ibubapa Ellis. Takdir menemukan Adaline dengan William, kekasih lamanya, iaitu bapa Ellis. Adaline terpaksa menyamar menggunakan nama lain.

William Jones (muda) & Adaline

William Jones (tua) & Adaline

Akhirnya penyamaran Adaline terbongkar bila William menyedari parut yang ada di tangan Adaline. Adaline cuba melarikan diri dan ketika itu dia kemalangan kali kedua. Kematiannya berulang dan dapat diselamatkan dengan defibrillator. Setelah beberapa bulan, dia akhirnya mengalami proses penuaan.

.... dan dia berasa bahagia sebab akhirnya dia tua ! haha

Sekian.

You Might Also Like

2 cayang gojesss !

  1. uuuish jalan cerita dia.. hehe gitu skali.. tapi menarik =)

    ReplyDelete
  2. hahahahhaha akhirnya die tua. cite nihh best gak.. agaknya ad tak kt online nih? nak downloadlaa. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.