Lazada Malaysia

REVIEW MAKAN : Burger Rio McDonald's Yang Pedas !

12:20 AM



McDonald's Malaysia telah mengeluarkan satu burger limited edition iaitu RIO BURGER ! Pelancaran burger ini adalah tanda bahawa McDonald's sebagai restoran rasmi menyertai Sukan Olimpik Rio 2016.

Oleh sebab ianya Limited Edition, maka tak selalu ada. Hanya boleh didapati bermula 25 Julai 2016 hingga 24 Ogos 2016.

Rio Burger adalah gabungan patty daging, sayuran segar dan sos secret recipe. Tujuannya adalah untuk kita kat sini merasai citarasa dari Brazil.


Well, aku sempat la merasa dua perkara ni. Rio Burger & Mango Pie. Mula2 aku agak excited dengan rasa rio Burger ni sebab rupa dia macam sama dengan Habanero Burger waktu World Cup dulu. Tapi sangkaan aku meleset jugaklah sebab rasa tak seperti yang aku idamkan.



REVIEW
1) Aku dapat burger tak secantik dalam gambar. Mentang2 la ilustration only ! Haha.
2) Aku dapat burger yang sos-nya agak melimpah.
3) Daging burger lagi besar dari roti. Besar melebar ye, bukan gebu macam gambar ilutrasi itu.
4) Sos dia rasa macam kopi. I'm not sure IF black pepper terlalu banyak sampai aku rasa macam tu. 
5) Not recommended untuk budak kecik. Pedas dia menyengat.
6) Not my taste at all.
7) Mango pie sedap.

Kalau nak try, try la. Kalau takut nak makan pun takde siapa nak halang. Haha. Sekian review dari hakakkk.. Errr... siapa nak ajak makan free lepas ni? lalalalalala ~

You Might Also Like

2 cayang gojesss !

  1. wah..da try ye...tuari nampak iklan je...

    ReplyDelete
  2. tudiaaa makanan lagikk. hahaha biasalaa tuu kak dlm gamba n realiti sgtt berbeza. hahahah lapaq2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.